Sains Awal Korea - Terima Kasih Oh Bulan

filler

Price:
RM12.90

Shipping calculated at checkout

Stock:
In stock

Description

Setiap Helaian, Satu Pengembaraan!

Sesuai untuk kanak-kanak 4-7 tahun.

Bawa Si Manja Mengembara ke Alam Pembelajaran Sains Awal Bersama Siri Sains Awal Korea.  

Jom mulakan pengembaraan anak dengan cerita menarik yang berkait dengan tema sains yang terpilih. Anak akan menerokai tema sains itu melalui pelbagai maklumat dalam bentuk yang ceria dan menghiburkan. Kemudian, kefahaman anak disusun melalui aktiviti ceria yang memadukan pelbagai kemahiran komunikasi, hubungan sosial serta kemahiran seni dan kraf. Di akhir pengembaraan, anak boleh membuat latihan sebagai pengukuhan dan juga rumusan kepada pembelajaran. 

Buku ini menarik kerana:

  • Isi kandungan sains yang berkualiti sesuai untuk peringkat tadika.
  • Lengkap dengan animasi cerita sains yang boleh diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR.
  • Pelbagai aktiviti gunting dan tampal yang pasti membuatkan anak teruja.

 

TERIMA KASIH OH BULAN bertemakan tentang Bulan yang bermula dengan sebuah cerita tentang Si Ibu Burung Hantu dan anak-anaknya yang comel dan lucu. Pada satu malam bulan purnama, Si Ibu Burung Hantu keluar untuk mencari makanan. Oleh kerana ditinggalkan terlalu lama, anak-anaknya yang lapar mula mengandaikan bahawa bulan itu adalah sejenis makanan seperti kek atau biskut. Fakta yang betul tentang bulan dan ciri-cirinya diajar melalui aktiviti yang beraneka dan menarik.

Spesifikasi:

  • Tajuk: Sains Awal Korea - Terima Kasih Oh Bulan
  • Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
  • ISBN: 9789673624690
  • Ciri Buku: Berwarna
  • Muka Surat: 38
  • Saiz Buku: 222.00 X 225.00 mm 
  • Berat: 0.140 kg 

Estimate shipping

You may also like

Recently viewed