Description
Siri Bacaan Bertahap Cepat Membaca Bahasa Melayu
- Kesedaran Fonemik - Pendekatan pengajaran membaca yang terkini.
- Cerita dan ilustrasi yang dapat menarik minat anak untuk belajar membaca.
- Perkataan baru diperkenalkan secara bertahap untuk membentuk keyakinan dan kemahiran membaca.
- Sesuai dengan perkembangan kognitif dan persekitaran anak yang baru mula membaca.
Siri Bacaan Awal: Buku 1 hingga 4 membimbing anak agar dapat mengenal dan membaca bunyi-bunyi asas bahasa Melayu dan seterusnya dapat membaca perkataan dan ayat mudah.
Siri Bacaan Lanjutan: Buku 5 hingga 8 membimbing anak agar dapat mendengar dan menyebut bunyi-bunyi konsonan, diftong serta vokal berganding. Seterusnya anak dibimbing agar dapat membaca ayat-ayat yang lebih kompleks.
Spesifikasi:
- Tajuk: Buku 2 - Bacaan Bertahap Cepat Baca - Bola Biru Sali
- Pengarang: Che Mazlan Saad & Zairani A. Hamid
- Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
- ISBN: 9789832334538
- Berat: 0.130 kg
- Muka Surat: 48
- Saiz: 153.00 X 230.00 mm