Siri Sains Awal Korea - Tidurlah Sayang

filler

Price:
RM12.90

Shipping calculated at checkout

Stock:
In stock (14 units), ready to be shipped

Description

Setiap Helaian, Satu Pengembaraan!

Sesuai untuk kanak-kanak 4-7 tahun.

Bawa Si Manja Mengembara ke Alam Pembelajaran Sains Awal Bersama Siri Sains Awal Korea.  

Jom mulakan pengembaraan anak dengan cerita menarik yang berkait dengan tema sains yang terpilih. Anak akan menerokai tema sains itu melalui pelbagai maklumat dalam bentuk yang ceria dan menghiburkan. Kemudian, kefahaman anak disusun melalui aktiviti ceria yang memadukan pelbagai kemahiran komunikasi, hubungan sosial serta kemahiran seni dan kraf. Di akhir pengembaraan, anak boleh membuat latihan sebagai pengukuhan dan juga rumusan kepada pembelajaran. 

Buku ini menarik kerana:

  • Isi kandungan sains yang berkualiti sesuai untuk peringkat tadika.
  • Lengkap dengan animasi cerita sains yang boleh diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR.
  • Pelbagai aktiviti gunting dan tampal yang pasti membuatkan anak teruja.

 

TIDURLAH SAYANG mengajar anak tentang konsep Siang dan Malam. Dimulakan dengan cerita tentang Koya yang masih ingin bermain-main walaupun sudah lewat malam. Cerita ini menggalakkan anak untuk berbincang tentang aktiviti yang sesuai dilakukan pada waktu siang dan waktu malam. Seterusnya perbezaan di antara siang dan malam dijelaskan melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan topik.

Spesifikasi:

  • Tajuk: Sains Awal Korea - Tidurlah Sayang
  • Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
  • ISBN: 9789673624683
  • Ciri: Berwarna
  • Muka Surat: 38
  • Saiz: 222.00 X 225.00 mm 
  • Berat: 0.140 kg 

Estimate shipping

You may also like

Recently viewed