Senaman Silat Wanita

Click on picture to view larger

Senaman Silat Wanita

Layari Contoh Kandungan Yang Menarik Gerak-gerak seni silat merupakan cernaan indah antara roh dan gerak jasad manusia. Unsur senaman terdapat dalam setiap gerak seni silat. Buku bergambar ini bermula dengan...

in stock

Regular price RM14.50 Sale price

Compare at RM29.00

Layari Contoh Kandungan Yang Menarik

Gerak-gerak seni silat merupakan cernaan indah antara roh dan gerak jasad manusia. Unsur senaman terdapat dalam setiap gerak seni silat. Buku bergambar ini bermula dengan senaman Nafas 5 Asangin Hawa, Gerak 3 Kiangin Salbalqis dan Seni 3 Randai Piring Istiadat yang berperanan sebagai pemanas badan. Urat saraf, sendi dan otot dirangsang dengan gerakan yang agak ringan agar mampu menampung gerakan yang lebih mencabar kemudiannya. Jurus utama Senaman Silat Wanita tertumpu pada senaman Serat Sendi Hawa.

Terdapat 11 kumpulan senaman dalam jurus utama ini yang meliputi hampir keseluruhan sendi dan otot anggota badan. Senaman Akhir Intan Selilin menutup tirai - melalui 2 kumpulan senaman silat ini, rangsangan dan ketegangan yang terkumpul dikendurkan agar mencapai kerehatan fizikal yang sesuai. Lembaran sejarah telah melakarkan betapa kaum wanita begitu cergas sekali mempelajari seni silat Melayu.

Spesifikasi:

  • Tajuk: Senaman Silat Wanita
  • Pengarang: Megat Ainuddin,Prof Madya Dr. Nor Anita
  • Penerbit: Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
  • ISBN: 9789833991853
  • Berat: 0.560 kg
  • Muka Surat: 206
  • Saiz: 190.00 X 255.00 mm