TAWARAN ISTIMEWA UNTUK TADIKA

Saya berminat untuk melakukan tempahan melalui:



Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.


Tuan / Puan yang dihormati, 


Menjadi sekolah pilihan para ibu bapa bukanlah mudah untuk dicapai. Pelbagai sumber kekuatan perlu ada: sifat dan kualiti guru, program pendidikan yang hebat dan penerimaan baik daripada ibu bapa. Juga penting ialah bahan-bahan pendidikan yang berkualiti.Kami bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam penerbitan dan pelatihan bidang pendidikan sejak tahun 1996 lagi. Berikut ialah bahan-bahan pendidikan Islam yang mampu meningkatkan daya saing sekolah anda untuk menjadi pilihan para ibu bapa.

Dr. Nor Anita Megat Mohd Nordin

Pengarah Penerbitan AWAL

30-Day Money-Back Guaranteed

BAHAN PENDIDIKAN ISLAM


30-Day Money-Back Guaranteed

TESTIMONI PAKAR


"Buku-buku aktiviti prasekolah ini sangat sesuai digunakan di dalam kelas kerana ia berpandukan kurikulum yang terkini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dengan ilustrasi berwarna-warni seperti bercerita, nyanyian dan gerakan yang pastinya dapat menarik minat kanak-kanak. Buku-buku aktiviti ini pasti dapat membantu guru-guru untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih menarik dan kanak-kanak akan lebih seronok untuk belajar."

Cikgu Azman Basri

Jurulatih Utama

Bahagian Prasekolah Kebangsaan

"Bahan-bahan pendidikan AWAL ini sangat membantu dan memudahkan warga pendidik kerana isi kandungannya mementingkan aktiviti secara didik hibur (terdapat dalam bentuk nyanyian, nasyid, permainan), aktiviti secara "Hands-On" dan "Learning by Doing" serta menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pelbagai video dan audio yang menarik juga dapat diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR. Terdapat juga panduan penggunaan buku untuk memudahkan para guru. Isi kandungan buku juga mementingkan gabung jalin 3 domain iaitu domain Kognitif, domain Afektif dan domain Psikomotor dengan mengambil kira tahap umur dan tahap perkembangan kanak-kanak."

Cikgu Shamizan Shafea 

Jurulatih UtamaBahagian Prasekolah Kebangsaan 

"Majalah AWAL padat dengan isi kandungan yang mampu memberikan idea-idea baharu kepada guru untuk merancang pengajaran. Ia menjadi bahan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di tadika mahupun di taska. Gaya penyampaian dan persembahan dalam majalah ini sangat segar, berwarna-warni dan format yang sangat sistematik. Bagi pendidik awal kanak-kanak, majalah AWAL memang membantu memberi nilai tambah kepada kerjaya mereka. Saya memang peminat setia majalah AWAL!"

Prof. Madya Dr. Hamdan Daniel bin M. Sharib 

 Penasihat Persatuan Kebajikan Pengusaha Tadika Swasta 

 Timbalan Presiden Persatuan Pendidik Tadika Taska Malaysia 

 DUTA ECCE SHCWIN College

TESTIMONI GURU


KOMUNITI AWAL

Sertai komuniti Telegram AWAL untuk pelbagai maklumat dan tawaran istimewa. Klik ikon Telegram di bawah.