AWALBIZ - Terma & Syarat
TERMA & SYARAT
1. Pendaftaran program Dropship di portal https://awalbiz.com adalahPERCUMA buat masa ini. Pembayaran minimum akan dikenakan pada masa akan datang.
2. Pendaftaran hanya boleh dibuat di portal https://awalbiz.com dengan nama produk ‘Akses Program Dropship’.
3. Pendaftaran adalah secara automatik selepas anda berjaya checkout dengan produk ‘Akses Program Dropship’.
4. Login ke dalam akaun anda untuk melihat harga Dropship yang ditawarkan.
5. Sila tonton video ini dengan klik di sini untuk penerangan lengkap.
6. Sekarang anda telah berjaya mendaftar, login ke akaun anda dan melayari laman produk pilihan anda.
7. Pastikan anda mengikuti langkah asas ini untuk berjaya sebagai Dropshipper.
- Sentiasa komited dan konsisten mempromosikan produk yang ditawarkan.
- Sentiasa menjadi ejen Dropship yang cekap & amanah.
- Sebarang bentuk promosi adalah dibenarkan selagi ia tidak melanggar undang-undang Malaysia sedia ada.
- Fahami tentang produk, harga & promosi seperti yang tertera di laman produk.
- Jika ada sebarang pertanyaan sebelum anda melakukan aktiviti promosi, sila email kami di: admin@awalbiz.com
- Jika anda mempunyai tim dropship dan anda menjadi ketua kepada tim tersebut, pastikan tempahan dibuat di bawah satu akaun tim dropship anda untuk tujuan kelancaran operasi, laporan & ganjaran.
- Wujudkan tim dropship anda untuk melakukan aktiviti promosi secara berjemaah untuk memudahkan anda mencapai ganjaran yang diberikan.
- Jika anda mempunyai tim dropship, pastikan anda melakukan tempahan dibawah satu akaun tim dropship anda untuk tujuan kelancaran operasi & pemberian ganjaran.
- Kegagalan anda melakukan tempahan di dalam satu akaun tim dropship, pemberian ganjaran tidak akan dilunaskan oleh https://awalbiz.com.
- Buat masa ini program Dropship AWALBIZ.COM tidak menyokong AWB Shopee, Lazada & Marketplace yang lain. Proses tempahan mestilah melalui portal https://awalbiz.com sahaja.
- Urusan perniagaan antara anda sebagai Dropshipper dan pelanggan anda adalah tanggungjawab anda. https://awalbiz.com tidak akan bercampur tangan dengan urusan perniagaan anda.
8. Bahan promosi yang disediakan oleh portal https://awalbiz.com adalah bertujuan memudahkan anda membuat jualan.
9. Bahan promosi yang disediakan oleh portal https://awalbiz.com adalah sesuai untuk digunakan di mana-mana medium pemasaran online.
10. Anda bebas membuat bahan promosi sendiri selagi tidak mengubah produk, harga, maklumat & promosi yang ditawarkan oleh portal https://awalbiz.com
11. Hasil daripada perkongsian anda yang komited, bakal pelanggan mula memberikan respons. Layani pertanyaan mereka dengan santun.
12. Dilarang memberikan sebarang maklumat yang tidak tepat dan tidak selari dengan produk, harga & promosi yang ditawarkan di portal https://awalbiz.com
13. Berikan maklumat perbankan anda dengan tepat supaya pelanggan berminat boleh terus membuat tempahan & bayaran terhadap produk yang ditawarkan.
14. Setelah anda menerima bayaran, segera buat tempahan di portal https://awalbiz.com
15. Sila buat tempahan anda dengan tepat. Sebarang kesilapan atau kos yang berbangkit akibat kesilapan anda tidak akan ditanggung oleh portal https://awalbiz.com
16. https://awalbiz.com berhak untuk tidak mengurus/menghantar/mencetak tempahan terhadap produk/pakej yang sudah kehabisan stok.
17. Isikan maklumat penghantaran dengan tepat.
18. Jika anda tidak pasti cara untuk membuat tempahan, sila klik video ini.
19. Tracking no. akan dikemaskinikan setiap hari di akaun anda. Tracking no. boleh diperoleh dengan login ke akaun anda di portal https://awalbiz.com dan rujuk bahagian ‘order’.
20. Maklumkan Tracking no. berserta laman portal tracking kepada pelanggan anda dengan segera untuk rujukan mereka.
21. Jika ada cadangan & pertanyaan sila email ke: admin@awalbiz.com
22. AWALBIZ.COM akan menanggung kos luar jangka jika ia terbukti akibat kecuaian operasi daripada AWALBIZ.COM
23. Semoga dengan kehadiran program Dropship anjuran AWALBIZ.COM ini dapat membuka lebih banyak pintu rezek
24. Klik di sini untuk mendaftar sekarang.
FREQUENTLY ASKED QUESTIONS
Apa itu ‘Dropship’?
‘Dropship’ adalah salah satu model perniagaan di mana:
Anda sebagai ‘Dropshipper’ mempromosikan, berkongsi, melayan pertanyaan & menerima bayaran tempahan daripada bakal pelanggan.
Seterusnya anda sebagai ‘Dropshipper’ membuat tempahan dan bayaran dalam portal AWALBIZ.COM dan kemudian mengemas kini status penghantaran kepada pelanggan anda.
AWALBIZ.COM akan terus menghantar tempahan kepada pelanggan anda tanpa invois.
Siapakah yang boleh mendaftar?
Program Dropship AWALBIZ.COM terbuka kepada semua individu, institusi & syarikat yang ingin menjana pendapatan. Pendaftaran buat masa ini adalah PERCUMA.
Kelebihan program Dropship adalah:
• Tidak perlu menyewa kedai untuk menyimpan stok.
• Tidak perlu mengupah pekerja untuk operasi membungkus & menghantar tempahan.
• Tiada risiko stok tidak terjual
Fokus anda sebagai Dropshipper hanyalah menjual menggunakan alat komunikasi pemasaran yang disediakan oleh AWALBIZ.COM
Berapakah hasil pendapatan yang bakal diperoleh?
Pendapatan Dropshipper tiada had!
Semakin banyak jualan, semakin banyaklah pendapatan yang bakal anda peroleh.
Setiap produk yang ditawarkan di portal AWALBIZ.COM, anda layak mendapat diskaun minimum 20% + ganjaran tunai.
Contoh:
A. Harga runcit: RM 100
B. Harga istimewa pelanggan: RM 95
C. Harga Dropshipper @ 20% diskaun daripada harga B : RM 76
D. Untung Dropshipper: RM19
‘Cash Reward’ / Ganjaran Tunai
Ganjaran Tunai minimum 5% daripada hasil jualan bulanan dan maksimum 25% daripada hasil jualan bulanan berdasarkan pencapaian jualan anda untuk bulan tersebut sahaja.
Kepada yang layak, ganjaran tunai akan dibayar pada setiap bulan sebelum 15 hb. Sila rujuk jadual ganjaran tunai di bawah:
• 5% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM10,000 – RM19,900
• 10% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM20,000 – RM29,900
• 15% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM30,000 – RM39,900
• 20% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM40,000 – RM49,900
• 25% ganjaran tunai untuk jualan melebihi RM50,000 dan ke atas.
Tips:
Wujudkan tim dropship anda untuk melakukan aktiviti promosi secara berjemaah bagi memudahkan anda untuk mencapai ganjaran tunai ini.
Jika anda mempunyai tim dropship, pastikan anda melakukan tempahan di bawah satu akaun tim dropship anda untuk tujuan kelancaran operasi.
Kegagalan anda melakukan tempahan di dalam satu akaun tim dropship, ganjaran tunai tidak akan dibayar oleh https://awalbiz.com.
Apakah bantuan promosi yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?
Pada setiap laman produk yang ditawarkan dalam portal AWALBIZ.COM akan mengandungi:
• Gambar produk yang anda boleh muat turun.
• Ayat jualan yang anda boleh salin dan tampal (copy paste).
• Video jualan yang anda boleh muat turun melalui Dropbox.
• Gambar, video & ayat jualan yang diberikan adalah terbukti berkesan untuk membuat jualan & sesuai untuk media sosial.
• Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
• Sebarang cadangan & pertanyaan boleh hubungi kami di admin@awalbiz.com
• Hadiah & Bahan Percuma untuk pelanggan anda.
DROPSHIPPER juga bebas menjalankan aktiviti promosi berdasarkan kreativiti sendiri mengikut terma & syarat yang tertera di atas.
Adakah Dropshipper boleh menjual di marketplace seperti di shopee, Lazada dsb?
Buat masa ini program Dropship AWALBIZ.COM tidak menyokong AWB Shopee, Lazada & Marketplace yang lain. Proses tempahan mestilah melalui portal https://awalbiz.com
Apakah bantuan sokongan khidmat pelanggan yang diberikan oleh AWALBIZ.COM?
• Pembungkusan produk yang selamat & tepat.
• Penghantaran dibuat pada setiap hari kecuali hari minggu & cuti umum.
• Tracking no. akan diberikan dalam akaun anda.
• Tip-tip pemasaran akan diberikan dari semasa ke semasa melalui blog di https://awalbiz.com
• Sertai Channel Telegram Broadcast untuk info terkini.
• Tawaran, promosi & cabutan bertuah akan diberikan dari semasa ke masa untuk memudahkan DROPSHIPPER membuat jualan.
• Cabaran dengan hadiah menarik juga akan diberikan dari semasa ke masa untuk menaikkan semangat Dropshipper membuat jualan.
• Hubungi kami di admin@awalbiz.com untuk khidmat agen Dropship.
Penafian:
Terma & syarat dan FAQ ini tertakluk kepada perubahan dan pindaan oleh syarikat Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. dengan portal AWALBIZ.COM pada bila-bila masa.
Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian sekiranya DROPSHIPPER gagal mengikut terma & syarat dan FAQ seperti di atas.