Tip-Tip Segera Pulih Daripada Penyakit

Oleh: Songkha

Semua orang pernah jatuh sakit, sama ada ringan mahupun berat. Secara ringkasnya, kita sakit apabila berlaku ketakseimbangan fisiologi dalam tubuh kita. Namun begitu, kita boleh melakukan beberapa tindakan supaya cepat pulih daripada penyakit terutamanya jika melibatkan anak kecil.

Minum lebih banyak air

Minum air pada suhu bilik adalah amalan yang terbaik. Kita juga boleh mengambil jus atau sup supaya tubuh berada pada tahap hidrasi yang baik. Kita juga perlu minum lebih air apabila selesema dan hidung tersumbat kerana ia menyebabkan kekeringan pada mulut. Air yang mencukupi dapat menurunkan suhu badan serta menambahkan selera makan. Selain itu, air juga membersihkan mulut, mengelakkan daripada jangkitan dan mulut berbau.

READ MORE...