“Adik tau Atuk dah meninggal … tapi bila dia nak balik?”
“Kenapa kulit saya hitam tapi kakak putih?”
“Macam mana baby makan dalam perut ibu?”
Ibu bapa, guru dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan dunia kanak-kanak pasti pernah diajukan dengan soalan-soalan yang mencabar. Lebih-lebih lagi apabila soalan muncul dengan tiba-tiba – semasa waktu makan, sebelum tidur atau semasa kita sibuk di dapur.