7 Tip Mendidik Anak Cintakan Sayur-Sayuran
Share
Oleh: Songkha
Ramai kanak-kanak yang tidak suka sayur. Ada banyak sebab yang membuatkan mereka tidak menyukai sayur. Antaranya:
- Ibu bapa sendiri tidak makan sayur.
- Anak-anak pernah dipaksa untuk makan sayur. Pengalaman itu menjadi memori buruk kepada mereka.
- Anak-anak mempunyai pengalaman buruk tentang sayur. Contohnya, makan sayur yang pahit atau sayur yang besar dan sukar untuk dikunyah atau ditelan.
- Anak pernah melihat serangga pada sayuran sehingga membuatkan dia termuntah.
Bagaimanakah untuk mendidik anak cintakan sayur-sayuran?
Jadilah Contoh Yang Terbaik
Anda sebagai ibu bapa harus cintakan sayur-sayuran. Jika anak melihat anda menikmati sayur-sayuran, pasti dia akan mengikut.