Sains Awal Korea - Bila Dapur Mula Gelap

filler

Price:
RM12.90

Shipping calculated at checkout

Stock:
In stock

Description

Setiap Helaian, Satu Pengembaraan!

Sesuai untuk kanak-kanak 4-7 tahun.

Bawa Si Manja Mengembara ke Alam Pembelajaran Sains Awal Bersama Siri Sains Awal Korea.  

Jom mulakan pengembaraan anak dengan cerita menarik yang berkait dengan tema sains yang terpilih. Anak akan menerokai tema sains itu melalui pelbagai maklumat dalam bentuk yang ceria dan menghiburkan. Kemudian, kefahaman anak disusun melalui aktiviti ceria yang memadukan pelbagai kemahiran komunikasi, hubungan sosial serta kemahiran seni dan kraf. Di akhir pengembaraan, anak boleh membuat latihan sebagai pengukuhan dan juga rumusan kepada pembelajaran. 

Buku ini menarik kerana:

  • Isi kandungan sains yang berkualiti sesuai untuk peringkat tadika.
  • Lengkap dengan animasi cerita sains yang boleh diakses dengan mudah melalui imbasan kod QR.
  • Pelbagai aktiviti gunting dan tampal yang pasti membuatkan anak teruja.

 

BILA DAPUR MULA GELAP mengajar anak tentang Bentuk-bentuk Asas. Dimulakan dengan cerita tentang seekor Kuda Padi dan kawan-kawannya yang secara senyap-senyap meraikan hari lahir sang Anjing dirumahnya. Mereka membawa hadiah yang pelbagai bentuk dan memakai pakaian yang beraneka corak. Bentuk segi tiga, bulat dan segi empat dijelaskan lagi dalam aktiviti-aktiviti yang mengujakan.

Spesifikasi:

  • Tajuk: Sains Awal Korea - Bila Dapur Mula Gelap
  • Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
  • ISBN: 9789673624652
  • Ciri: Berwarna
  • Muka Surat: 38
  • Saiz: 222.00 X 225.00 mm 
  • Berat: 0.140 kg 

Estimate shipping

You may also like

Recently viewed