Description
MySTEM EXPLORATION – Junior Electrical Circuit merupakan pakej yang mengintegrasikan pendidikan STEM untuk pelajar tahap 2 sekolah rendah. Pakej ini menggunakan pendekatan susun suai petak (jigsaw puzzle approach) untuk menyampaikan ilmu tentang litar elektrik dan aplikasinya dalam kehidupan seharian.
Sehubungan dengan itu, pakej ini juga mengukuhkan pembelajaran UNIT 7 (Sifat Bahan), khususnya bahagian Konduktor dan Penebat yang terdapat dalam Buku Aktiviti Sains Tahun 4 KSSR. Buku tersebut berasaskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang turut mengandungi aktiviti didik hibur selain dilengkapi dengan nota dan ujian topikal.