Chot

Click on picture to view larger

Chot

Layari Contoh Kandungan Yang Menarik Alias, murid darjah lima yang sudah kematian ayah, berusaha mencari rezeki untuk diri dan ibunya yang lumpuh. Alias mempunyai seekor beruk bernama Chot. Chot membantu...

30 in stock

Regular price RM13.50

Layari Contoh Kandungan Yang Menarik

  Alias, murid darjah lima yang sudah kematian ayah, berusaha mencari rezeki untuk diri dan ibunya yang lumpuh. Alias mempunyai seekor beruk bernama Chot. Chot membantu Alias mencari rezeki dengan memetik kelapa.

Pada suatu pagi, Chot didapati hilang apabila rantainya putus. Puas Alias mencarinya tetapi tidak berjumpa menyebabkan dia lewat ke sekolah. Alias dimarahi oleh guru kelasnya, Cikgu Sunan. Herdikan Cikgu Sunan membuatkan Alias terkejut lalu terjatuh. Telinga kanannya terhentak pada bucu meja rakan sekelasnya.

Bermula hari itu, telinga kanannya sering sakit dan mula bernanah. Alias malu ke sekolah kerana takut kawan-kawannya tercium bau busuk pada telinganya.

Cikgu Sunan mula bimbang apabila Alias tidak hadir ke sekolah melebihi seminggu. Guru Besar mencadangkan agar Cikgu Sunan ke rumah Alias untuk meninjau keadaannya.

Kedatangan Cikgu Sunan tidak disenangi oleh Chot. Chot seolah-olah dapat merasakan bahawa Cikgu Sunanlah punca Alias sakit telinga.

Apabila Cikgu Sunan memegang kepala Alias untuk melihat telinganya yang bernanah, Chot naik marah sehingga rantai yang mengikatnya putus. Chot menggigit lengan Cikgu Sunan sehingga berdarah.

Alias yang panik melihat Cikgu Sunan kesakitan dan Chot yang menggila menggigit lengan Cikgu Sunan tidak mempunyai pilihan selain menikam Chot dengan lembing pengumpul kelapa. Chot rebah ke tanah. Sebelum menutup mata Chot memandang sayu kepada Alias. Tamatlah riwayat beruk yang banyak membantu keluarga Alias mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Spesifikasi:

  • Tajuk: Chot
  • Pengarang: Azizi Abdullah
  • Penerbit: Al Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd.
  • ISBN: 9789673623501
  • Berat: 0.175 kg
  • Muka Surat: 216
  • Saiz: 115.00 X 185.00 mm

 

Al Ameen Serve Holdings Sdn Bhd (HQ)
2-1, Tingkat 1, Jalan 9/23A,
Medan Makmur Off Jalan Usahawan,
53200 Setapak, Kuala Lumpur.

Tel : 03 - 4143 4343
Fax : 03 - 4149 1414
Lot 41, KK SME Bank, (WareHouse)
Jalan SBC 8,
Taman Sri Bt Caves, 
68100 Bt Caves, Selangor.

Tel : 03 - 6186 8440
Fax : 03 - 6186 8441

Sold By

Sold By

"EVERY ONE CAN TEACH"

Pelatihan Awal untuk ibu bapa, guru, institusi dan sekolah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 011 3516 3526

  • sold by icon

    Shipping

    4 - 7 Days.

  • sold by icon

    High Quality

    Top-end verified quality.

  • sold by icon

    Help Center

    24/7 customer support.