• PIL Cerdas STEM
  • Pelatihan Awal

PIL CERDAS STEM

Inovasi Pendidikan Awal STEM: Pendidikan Abad ke-21

Fokus Pengalaman Saintifik yang Sistematik, Kritis dan Kreatif!

STEM adalah akronim untuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering), dan Matematik. STEM merupakan integrasi ilmu kuantitatif untuk menjadi satu bidang pendidikan yang lebih bermakna dan praktikal untuk pendidikan abad yang ke-21. PIL CERDAS STEM merupakan pakej pendidikan berdasarkan projek-projekyang menarik dan mudah dilaksanakan dengan fokus-fokus berikut:

SAINS

Fokus kepada memahami dan menerokai alam semula jadi dan alam buatan. Menyiasat menggunakan kemahiran dan fikiran saintifik serta menghayati dinamika sesuatu proses yang berlaku dalam alamsemula jadi atau alam buatan.

TEKNOLOGI

Fokus kepada menyiasat dan menggunakan pelbagai peralatan teknologi untuk mengembangkan kemahiran manipulatif bagi menyelesaikan sesuatu projek.

KEJURUTERAAN

Fokus kepada cara menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan mereka cipta menggunakan bahan atau objek untuk mengukur, mengira dan membina sesuatu projek.

MATEMATIK

Fokus kepada memahami kuantiti, ukuran, nombor, bentuk, geometri, kemahiran spatial (ruang), masadan dinamik gerakan.

Keistimewaan STEM

  • PEMBELAJARAN MELALUI PROJEK

    Kaedah ini melatih kanak-kanak untuk mengintegrasi sains, teknologi, kejuruteraandan matematik (STEM) dalam sesuatu projek.  

  • MEMBINA KEMAHIRAN BERFIKIRARAS TINGGI (KBAT)

    Menyeronokkan dan memberi pengalaman terus yang merangsang sikap saintifik kanak-kanak seperti bertanya, membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), berkomunikasi, bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta, iaitu kemahiran abad ke-21.

  • KONSEP STEM SELARAS DENGAN KSPK

    Kandungan konsep-konsep STEM yang boleh dipelajari dalam setiap projek/modul yang disediakan dalam buku ini adalah selaras dengan konsep-konsep sains, matematik dan teknologi yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

  • AKTIVITI PENGAJARAN &PEMBELAJARAN YANG SISTEMATIK

    Pakej disusun secara sistematik dan terperinci untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Pil Cerdas STEM dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti. Terdapat buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru dan buku makmal untuk murid. Juga disediakan buku panduan rujukan bersiri Mudahnya Sains dan Kembara Sains untuk ibu bapadan guru.

Pembelajaran Melalui Projek

Kaedah ini melatih kanak-kanak untuk mengintegrasi sains, teknologi, kejuruteraandan matematik (STEM) dalam sesuatu projek.

Membina KBAT

Memberi pengalaman terus yang merangsang sikap saintifik kanak-kanak seperti bertanya, membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), berkomunikasi, bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta.

Berasaskan KSPK

Kandungan konsep STEM dalam setiap projek/modul yang disediakan adalah selaras dengan konsep sains, matematik dan teknologi yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Yang Sistematik

Pakej disusun secara sistematik dan terperinci untuk memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Tertanya-tanya Tentang Kebaikan STEM kepada Anak Anda?

Pendedahan STEM dalam pendidikanbertujuan untuk:

  • Membina asas pembelajaran dan perkembanganminda anak pada masa hadapan.

  • Membantu dalam perkembangan pemikiran kritisdan penaakulan.

  • Meningkatkan minat anak terhadap pembelajaransains dan matematik dan minat terhadap kerjayaberkaitan STEM.

  • Mengembangkan sifat ingin tahu, suka bertanyadan suka menyiasat.

  • Memberi pengalaman luas kepada anakmengenai alam semula jadi dan alam buatandi sekeliling mereka.

Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob

PhD (Keele, U.K), M. Sc. Ed (Iowa, USA), B. Sc Hons (UM), Teaching Cert (MPTI, JB)

Matlamat STEM

PIL CERDAS STEM merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak terkini yang disusun oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob dan kumpulan penyelidiknya di Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya.

  • Anak anda berminat denganilmu STEM.

  • Anak anda berfikiran kritisdan kreatif.

  • Anak anda mengenali proses dinamik dalam alam semula jadi dan alam buatan.

  • Anak anda akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Kursus Kemahiran Kaedah "PIL Cerdas STEM"

Objektif

  • Memberi pendedahan kepada para guru berkenaan kaedah penggunaan buku-buku aktiviti dan latih tubi KSPK.

  • Memantapkan kefahaman guru tentang KSPK dan

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlak melalui segmen-segmen terpilih.

Tempoh Pelatihan

elatihan dijalankan selama 1 hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Pengenalan – Apa itu STEM?

  • Sesi 2 : Kaedah Mengintegrasi Projek STEM dalam KSPK

  • Sesi 3 : Pedagogi STEM

  • Sesi 4 : Modul CERDAS STEM untuk Prasekolah/Tadika

  • Sesi 5 : Perancangan Jadual Pengajaran CERDAS STEM

  • Sesi 4 : Revisi dan Refleksi

Pakej PIL Cerdas STEM
RM55.00
“It makes learning so fun. It's not boring at all Pil Cerdas STEM actually help kids open up their world to a wider horizon, learning much more, deeper outside the textbooks!"

Marina Lee, Era Erusia Academy

“Buku Pil Cerdas STEM merupakan panduan mudah pelaksanaan projek. Cuma laksanakan 4 fasa sebagaimana yang ditunjukkan. Kita tak mungkin salah."

Chai Bee Lian, EFL Educare (M) Sdn. Bhd.

EVERYONE CAN TEACH!

“STEM bukanlah benda yang dilekatkan di sampul surat, tetapi ia adalah akronim kepada sains, teknologi, kejuruteraan (engineering) dan matematik. 


STEM adalah satu subjek mega yang mengintegrasikan keempat-empat disiplin ilmu menjadi satu subjek yang lebih sesuai dan releven untuk diajar di sekolah kerana STEM menekankan elemen praktikal dan realiti. 


Memang diakui benar bahawa kanak-kanak lebih suka belajar jika mereka dapat menghubungkan pelajaran itu dengan persekitaran dan kehidupan merekasehari-hari, STEM membolehkan kanak-kanak belajar sains, matematik, mengguna teknologi dan mereka cipta teknologi. 


Inilah pendidikan STEM yang kami cadangkan dilaksanakan di sekolah dan malah di prasekolah lagi.”

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Aminah Ayob 

Pensyarah Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak 

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)dan 

penulis bersama buku PIL CERDAS STEM

Sijil Profesional Latihan Pendidik

PIL CERDAS STEM

Mengapa Anda Perlu Menghadiri Kursus Ini?

  • Mengetahui modul pengajaran dan pembelajaranyang mudah untuk dilaksanakan dengan kanak-kanak mengikut fasa-fasa pembelajaranyang ditetapkan.

  • Mempelajari pendekatan yang menyeronokkanuntuk memberi pengalaman terus yangmerangsang sikap saintifik kanak-kanak sepertibertanya, membina kemahiran berfikir arastinggi (KBAT), membina kemahiran berkomunikasi,bekerjasama, berimaginasi dan mereka cipta iaitukemahiran abad ke-21.

  • Mengetahui pembelajaran melalui projek yangmembiasakan kanak-kanak untuk bekerja secaraberpasukan bagi menyelesaikan masalah.

  • Mempelajari konsep setiap modul/projek STEMyang sememangnya selaras dengan StandardPembelajaran dalam Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan (KSPK).

Objektif Kursus

Melalui pendekatan Project-Based Inquiry Learning Cerdas STEM: PIL CERDAS STEM, anda akan mempelajari:

  • 6 unit latihan yang memberikan pengalaman awal kepada pendidikuntuk mencuba sendiri kaedah Project-based Inquiry Learning (PIL).

  • Falsafah pendidikan STEM dan kemahiran untuk membolehkanpendidik menggunakan Modul PIL CERDAS STEM di prasekolah/tadika/taska dengan berkesan.

Modul Program Cepat Baca

Sesi 1

  • Pengenalan - Apa itu STEM?

Sesi 2

  • Kaedah Mengintegrasi Projek STEM dalam KSPK 2016

Sesi 3

  • Pedagogi STEM

Sesi 4

  • Modul CERDAS-STEM untuk Prasekolah/Tadika

Sesi 5

  • Perancangan Jadual PengajaranCERDAS-STEM dan KeperluanPembelajaran STEMdi Prasekolah/Tadika

Sesi 6

  • Revisi dan Refleksi