SL | PANDUAN BERCERITA (Ver2.0)

  • Panduan Bercerita
  • Pelatihan Awal

PANDUAN BERCERITA: MAMA CERITALAH

kini Semua Orang Boleh Bercerita

Fokus Panduan Bercerita yang Mudah, Interaktif dan Kreatif

MEMUDAHKAN PENCERITAAN

Buku ini memberi panduan lengkap bercerita melalui pelbagai wadah penyampaian. Ibu bapa dan guru bukan sahaja didedahkan dengan teknik penceritaan tradisional bahkan menggunakan variasi teknik baharu bersama alat bantu mengajar yang mudah, murah dan berkesan.

BERSIFAT INTERAKTIF

Tanpa penggunaan props yang berlebihan, “Mama, Ceritalah…” menjanjikan persembahan bercerita anda lebih menghiburkan. Elemen-elemen kejutan dan interaktif akan mendasari setiap persembahan anda. Pastinya para penonton akan merasakan satu pengalaman cerita yang berbeza.

MENGASAH KREATIVITI

Guru serta ibu bapa yang mengaplikasikan teknik-teknik bercerita ini akan melatih gaya penceritaan yang tersendiri. Jika anda benar-benar ingin mengasah bakat serta kreativiti bercerita secara menyeluruh, “Mama, Ceritalah…” ini adalah rujukan terbaik untuk anda.

Membacakan Kisah daripada Buku Adalah Cara Paling Mudah Menjadikan Kanak-Kanak Gembira dan Lebih Produktif

  • Kanak-kanak hari ini lebihcenderung kepada unsur hiburan di alam maya dan televisyen. Medium hiburan baharu ini banyak unsur negatifnya. Keupayaan bercerita yang baik dapat menyelamatkan anak daripada kepompong hiburan maya yang mencengkam.

  • Kegagalan menghidupkan budaya bercerita bermakna anda mematikan budaya membaca. Amalan membaca yang baik perlu disemai ketika kanak-kanak masih kecil. Anak-anak perlu didedahkan dengan cerita-cerita lisan yang menghiburkan di samping menyampaikan teladan yang baik. Melalui pengalaman mendengar cerita, minat membaca anak-anak akan tumbuh secara semula jadi.

  • Anak-anak yang tidak didedahkan dengan pengalaman mendengar cerita cenderung mempunyai daya imaginasi yang lemah serta membantutkan perkembangan aspek kognitif dan psikomotor. Mereka akan menjadi lebih pasif dan lambat mentafsir sesuatu maklumatyang didengar.

Menjadikan Anda Pencerita Berkemahiran

Pakej “MAMA, CERITALAH...” dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti. Sarat dengan contoh-contoh cerita yang sesuai mengikut perkembangan usia anak anda. Anda cuma perlu mengaplikasikan aktiviti bercerita sepertiyang dicadangkan.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Bagaimana Anda Boleh Bercerita dengan Berkesan?

  • BERCERITA TANPA ALAT: ANDA DAN CERITA

    Bercerita tanpa alat adalah cara asas yang perlu dikuasai oleh seseorang pencerita. “MAMA, CERITALAH…” menyediakan asas-asas kemahiran bercerita agar pencerita boleh menyampaikan cerita dengan tenang, teratur dan berkesan.     

  • BERCERITA MENGGUNAKAN TEKNIK TAMPALAN

     “Mama, Ceritalah…” memberi gambaran secara visual mengenai penyediaan imej, papan cerita dan bagaimana menyampaikan cerita dengan betul menggunakan teknik tampalan.

  • BERCERITA MENGGUNAKAN BUAH-BUAHAN

    Tahukah anda bahawa teknik bercerita menggunakan buah-buahan atau sayur-sayuran amat diminati oleh kanak-kanak? “Mama, Ceritalah…” memberikan tip-tip asas dalam menentukan watak menggunakan buah-buahan tanpa mengelirukan anak-anak. 

  • BERCERITA MENGGUNAKAN KERTAS DAN SURAT KHABAR

    Surat khabar dan pelbagai jenis kertas dilipat dan digunting untuk mereka bentuk bahan yang diperlukan dalam cerita. Menariknya, kertas-kertas yang siap dilipat boleh disesuaikan sebagai bahan yang membantu membina urutan perjalanan sesebuah penceritaan. 

  • BERCERITA MENGGUNAKAN BUKU CERITA

    “Mama, Ceritalah...” memberikan tip memilih buku cerita yang tepat melalui pemilihan tema, mesej dan pengajaran serta jenis-jenis buku yang bersesuaian untuk setiap peringkat umur anak. 

  • BERCERITA MENGGUNAKAN LIPATAN KERTAS & SAPU TANGAN

    Bercerita menggunakan lipatan kertas dan gubahan sapu tangan amat menarik kerana lipatan boleh diubah untuk menggambarkan sesuatu jalan cerita. Kanak-kanak pasti tertarik dengan teknik ini kerana adanya unsur kejutan.  

  • TEATER BERCERITA

    “Mama, Ceritalah...” merupakan pakej lengkap untuk melatih kemahiran anak dalam seni persembahan teater melalui penghayatan, kemahiran mendengar, kemahiran lisan, dan pemahaman cerita oleh anak. 

Matlamat Mama, Ceritalah

MAMA, CERITALAH… memenuhi keperluan guru, ibu bapa, pengasuh dan pustakawan yang memiliki minat, kesungguhan dan kecintaan terhadap amalan bercerita!

  • Pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah dan di rumah akan menjadi lebih berkesan.

  • Anda berupaya untuk mempelbagaikan penyampaian cerita secara tradisional dan moden menggunakan pelbagai alat bantu dan gerak kreatif.

  • Anda akan dapat membina gaya penceritaan anda sendiri dengan lebih kreatif sehingga anak-anak akan meminta anda untuk bercerita lagi.

Kursus Kemahiran Kaedah “Marilah Bercerita”

Objektif

  • Mempelajari teknik bercerita dengan mudah dan berkesan

  • Meningkatkan keyakinan dan semangat diri untuk bercerita

  • Meningkatkan kreativiti yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran

  • Mampu bercerita dengan suara, intonasi, mimik muka, yang sesuai dengn jalan cerita

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama 1 hari (9.00 pagi – 5.00 petang).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : 6 Teknik Bercerita

  • Sesi 2 : Bengkel penyediaan bahan / alat bercerita

  • Sesi 3 : Latihan penggunaan teknik bercerita

  • Sesi 4 : Persembahan kumpulan dan rumusan

  • Sesi 5 : Aktiviti refleksi

  • Sesi 6 : Penilaian praktikal

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil ProfesionalTeknik Bercerita

BERSAMA MAMA TOK!

Adakah Kursus Ini Sesuai Untuk Anda?

Adakah anda seorang guru, ibu bapa, pegawai pusat sumber sekolah atau pustakawan yang berminat untuk menguasai pelbagai jenis teknik bercerita? Sesuai juga untuk mereka yang berminat untuk menjadikan bercerita sebagai kerjaya sambilan. Dengan menghadiri kursus ini, anda akan lebih yakin bahawa bercerita banyak manfaatnya dan mudah menghiburkan sambil mencapai tujuan pendidikan kepada murid dan masyarakat.

Manfaat Kursus

  • Mempelajari teknik bercerita dengan mudah dan berkesan

  • Meningkatkan keyakinan dan semangat diri untuk bercerita

  • Meningkatkan kreativiti yang tinggi dalam PnP.

  • Mempelbagai kaedah bercerita yang berkesan.

  • Mampu bercerita dengan suara, intonasi, mimik muka,yang sesuai dengan jalan cerita.

  • Memudahkan pemilihan props dan kostum yang sesuaidengan sesi penceritaan

Modul Kaedah Teknik Bercerita Bersama Mama Tok!

Sesi 1: 

  • 6 Teknik Bercerita

Sesi 2:

  • Bengkel penyediaan bahancerita/alat bercerita

Sesi 3:

  • Latihan penggunaanteknik bercerita

Sesi 4:

  • Persembahan kumpulandan rumusan

Sesi 5:

  • Aktiviti refleksi

Sesi 6:

  • Penilaian praktikal