• Majalah Awal
  • Pelatihan Awal

MAJALAH AWAL

Majalah Prasekolah Terkini di Malaysia

MENGIKUT KSPK

Majalah AWAL memudahkan guru menyusun pengajaran dan pembelajaran. Setiap bulan, guru mendapat isi kandungan baharu yang selari dengan kurikulum standard prasekolah kebangsaan.Majalah AWAL boleh digunakanbersama anak di tadika.

KONSEP DIDIK HIBUR

Pendekatan bersepadu ditonjolkan melalui pelbagai isi kandungan bertema yang menghiburkan. Tema berbeza diperkenalkan pada setiap bulan. Anak pasti teruja dengan isi kandungan baharuyang menghiburkan.

KBAT

Isi kandungan berunsur KBAT yang mampu mencetus pemikiran anak sekali gus membentuk kanak-kanak yang lebih kritis, kreatif dan inovatif.

Adakah Anda Menghadapi Perkara yang Sama?

Sebagai guru tadika, merancang pengajaran menjadi satu kewajipan. Tugas merancang bukan senang. Anda perlu pastikan objektif tercapai, pengajaran menarik supaya murid teruja, kena ikut kurikulum terkini pula. Kadang-kadang tak cukup masa! Tambah-tambah lagi masa nak merancang pengajaran, anda kering idea. Aktiviti apa yang nak dibuat ni? 


Apa susah… rujukan online kan banyak. Banyak memang banyak, tapi kena tapis juga. Kena pilih yang betul-betul sesuai dengan pengajaran yang nak dibuat. Mana nak sempat... 


Bagaimana pula dengan harapan ibu bapa? “Anak saya dah boleh baca tak cikgu, anak saya dah boleh mengira tak cikgu”. Semua nak cepat, semua nak mudah. Tapi kan lebih baik jika tugas mendidik dikongsi bersama dan bukan diserahkan 100% kepada guru. 


Pasti mudah jika ada bahan rujukan yang mengandungi pelbagai isi kandungan lengkap dengan aktiviti untuk murid. Bahan yang boleh diguna di tadika dan juga di rumah. Guru gembira, murid teruja, ibu bapa lagilah suka!​​​​​​​​

Pencetus Kejayaan Tadika No.1!

Selari dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Isi kandungan majalah disusun untuk memudahkan guru menyusun pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan prestasi guru. Bahan baharu setiap bulan sedia untuk digunakan bersama kanak-kanak.

Perkongsian Pendidikan Murid dan Ibu Bapa

Majalah boleh digunakan di tadika dan juga dibawa balik untuk digunakan bersama ibu bapa. Perkongsian ini memupuk minat belajar dan pengukuhan pembelajaran di tadika.

Elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Isi kandungan berunsur KBAT yang mampu mencetus pemikiran murid-murid sekaligus membentuk kanak-kanak menjadi kritis, kreatif dan inovatif.

Lengkap dan Mudah

Isi kandungan teks disertakan sekali dengan sisipan aktiviti yang berkait dengan teks sebagai pengukuhan. Setiap bulan ada isi kandungan baharu yang boleh diterokai bersama.

Berkonsepkan Didik dan Hibur

Pendekatan bersepadu ditonjolkan melalui pelbagai isi kandungan bertema yang menghiburkan. Tema berbeza diperkenalkan setiap bulan.

Dapatkan Majalah Awal Sekarang!

  • BIJAK BERBAHASA: Segmen yang memberi fokus kepada kemahiran literasi yang menerapkan kaedah fonemik. Segmen ini sesuai untuk pembelajaran murid secara individu atau bersama bimbingan ibu bapa.

  • CERIA MENEROKA DAN BERMAIN: Segmen yang menggabungkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

  • BIAR BERADAB SAYANG: Merangsang pembentukan adab dan akhlak serta memupuk nilai-nilai murni.

  • AKTIVITI MINDA CERDAS: Kesinambungan daripada isi kandungan majalah yang didatangkan dalam bentuk sisipan dengan 13 aktiviti menarik untuk pengukuhan.

Kursus Kemahiran Majalah dalam Tadika “Majalah Awal”

Objektif

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi membantu perkembangan literasi melalui segmen-segmen terpilih

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan kreativiti melalui segmen-segmen terpilih

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlak melalui segmen-segmen terpilih

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Pengenalan kepada majalah AWAL - Konsep dan pendekatan

  • Sesi 2 : Perkembangan literasi dengan majalah AWAL - Contoh Pengajaran

  • Sesi 3 : Pembentukan kreativiti dengan majalah AWAL - Contoh Pengajaran

  • Sesi 4 : Pembentukan adab dan akhlak dengan majalah AWAL - Contoh Pengajaran

"Dapat je majalah AWAL, murid-murid terus tanya kali ni kita nak buat apa teacher? Semua excited nak cuba aktiviti yang ada dalam majalah seperti eksperimen, resipi dan kraf. Ibu bapa juga terlibat sama dalam proses pengajaran sebab saya bagi murid bawa balik ke rumah untuk buat bersama ibu bapa. Alhamdulillah perkongsian mendidik ini menjadi dengan sokongan ibu bapa."

Puan Fatimah Syam, Pengusaha Tadika Aura Khalif

"Majalah AWAL disusun mengikut peringkat usia anak dan sesuai digunakan bagi pembelajaran di tadika. Isi kandungan majalah adalah berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan dipersembahkan dalam bentuk cerita dan aktiviti yang merangsang kemahiran berfikir anak. Majalah AWAL adalah satu bahan tambahan mengajar yang amat sesuai dimiliki oleh anak-anak di tadika"

Dr. Zainiah Mohamed Isa, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, UPSI

EVERYONE CAN TEACH!

MAJALAH AWAL : MAJALAH DALAM KELAS

Pengenalan

Peningkatan motivasi guru tadika melalui program pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan berkesan sepanjang tahun.Sejak tahun 1996, kami telah menyusun pelbagai kaedah dan bahan penerbitan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Pengalaman ini kami gabungkan untuk menerbit satu pakej program pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan berkesan sepanjang tahun dalam bentuk majalah dalam kelas yang diterbitkan setiap bulan. 


MajalahMajalah AWAL disusun untuk:

Memenuhi Tiga Aspek Perkembangan Kanak-Kanak

Aspek perkembangan literasi, aspek pembentukan adab dan aspek perkembangan kreativiti.

Meningkatkan Prestasi Guru

Isi kandungan majalah sedia untuk digunakan bersama kanak-kanak di tadika. Panduan mengajar bagi segmen-segmen terpilih siap untuk dimuat turun daripada laman sesawang, www.awal.my. 

Lengkap & Mudah

Majalah AWAL turut dilengkapi dengan sisipan aktiviti Minda Cerdas sebagai pengukuhan kepada teks yang dibaca. Aktiviti-aktiviti menarik sesuai mengikut peringkat usia.

Pendekatan Bertema

Tema-tema atau topik menarik yang berbeza bagi setiap keluaran. Tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, minat dan tahap perkembangan murid.

Perkongsian Pendidikan Murid Dengan Ibu Bapa

Ibu bapa turut dapat melakukan aktiviti bersama anak apabila majalah dibawa balik ke rumah. Perkongsian ini memupuk minat belajar dan pengukuhan pembelajaran di tadika. Motivasi murid dan ibu bapa akan meningkat untuk menyokong program dan perkembangan tadika.

Objektif

Pelatihan MAJALAH DALAM KELAS diadakan bagi mencapai objektif berikut:

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi membantu perkembangan literasi melalui segmen-segmen terpilih. 
  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan kreativiti melalui segmen-segmen terpilih. 
  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlak melalui segmen-segmen terpilih. 

Modul Pelatihan Majalah Awal

10.30 pagi – 11.15 pagi

Pengenalan – Konsep dan Pendekatan Majalah

  • Berpandukan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 
  • Pendekatan bertema 
  • Perkembangan literasi 
  • Perkembangan kreativiti 
  • Perkembangan akhlak 

11.15 pagi – 12.00 tengah hari

Reviu Majalah

  • Ciri-ciri majalah 
  • Penerangan ringkas setiap segmen 

12.00 tengah hari – 12.15 tengah hari

Contoh Pengajaran Menggunakan Majalah : Segmen Little Prof – Elemen KBAT dan STEM

12.15 tengah hari – 12.30 tengah hari

Sesi Soal Jawab