• Cepat Matematik
  • Pelatihan Awal

CEPAT MATEMATIK

Anak Anda Akan Menguasai Matematik dengan Aktiviti Parktis, Mudah dan Berkesan

Fokus Pembelajaran yang Praktis, Mudah dan Berkesan!

PRAKTIS

Pendekatan “belajar sambil bermain” membolehkan anak-anak meneroka konsep matematik secara praktis dan ceria. Pelbagai aktiviti disusun dengan memanfaatkan bahan-bahan yang mudah diperoleh. Anak meneroka kemahiran dan ilmu matematik melalui pengalaman sendiri bukannya secara abstrak.

MUDAH

Kaedah ini disusun mengikut tahap perkembangan anak. Aktiviti disusun daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang lebih mencabar. Minat anak dipupuk apabila matematik dikaitkan dengan kehidupan harian. Panduan pengajaran yang lengkap juga disediakan untuk ibu bapadan guru.

BERKESAN

Kaedah ini berkesan kerana membentuk keupayaan anak untuk menghargai matematik, yakin dengan kebolehan matematiknya, menggunakan matematik untuk berkomunikasi melalui penggunaan nombor, simbol dan perkataan serta membuat penjelasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara matematik.

Apakah Kesannya Jika Anak Anda Tidak Mahir Matematik?

  • Anak anda tidak dapat berkomunikasi secara kuantitatif. Kelemahan matematik membantutkan pemikirananak kerana mereka tidak ada istilah atau tidak dapat menggunakan istilah matematik dengan baik dalamkomunikasi harian mereka.

  • Banyak aktviti pembelajaran di sekolah dan juga harian memerlukan anak anda membuat perkaitandengan kemahiran dan istilah matematik.

  • Keupayaan menaakul merupakan kemahiran asas matematik. Anak-anak akan sentiasa berdepan denganpelbagai fakta, penyataan serta kejadian untuk dia membuat kesimpulan atau keputusan. Tanpa kemahiranmatematik, anak-anak tidak berupaya untuk berfikir secara teratur seperti “kalau saya ingin mengetahuiapa yang terjadi, saya perlu melakukan ini,” dan “saya boleh menggambarkan maklumat ini kerana saya yakinini adalah cara yang terbaik untuk maklumat ini sampai kepada kalian.”

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Cepat Matematik dilengkapi dengan panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti. Setiap tahap disediakan buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru, buku latihan dan buku latih tubi untuk murid.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Cepat Matematik Membimbing Anak Untuk Menguasai10 Kemahiran Asas Matematik Seperti Berikut:

  • Pengalaman Pranombor. Pengalaman pranombor membina asas konsep nombor dan kepentingannyadalam kehidupan seharian anak. Kemahiran pranombor merangkumi keupayaan memadan, mengasing,mengelaskan serta membuat seriasi dan mengecam corak berulang dan membina pola.

  • Konsep Nombor. Nombor atau angka adalah simbol untuk melambangkan kuantiti sesuatu. Empat buahbuku dilambangkan dengan angka “4”. Keupayaan mengaitkan bilangan objek dengan angka dankemahiran membilang merupakan kemahiran asas matematik.

  • Operasi Nombor. Anak perlu memahami apabila penambahan berlaku, jumlah keseluruhan objek menjadilebih banyak daripada sebelumnya. Manakala operasi tolak, jumlah keseluruhan objek akan berkurangandaripada sebelumnya. Bahasa matematik iaitu simbol angka 1,2,3…, simbol +, simbol - dan juga simbolpersamaan = diperkenalkan.

  • Nilai Wang. Anak akan bermula dengan membezakan nilai wang sehingga akhirnya boleh melakukansimulasi jual beli.

  • Bentuk dan Ruang. Anak akan bermula dengan mengecam bentuk-bentuk asas serta ciri-cirinya sepertisegi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat dan bulat yang ada di persekitaran.

  • Pembinaan. Konsep objek tiga dimensi (3D) diperkenalkan untuk anak memahami asas-asas ruang.Memanipulasi objek 3D mengajar anak berkenaan penggunaan ruang.

  • Ukuran. Pengukuran dibuat untuk memahami konsep panjang, berat, kuantiti, masa dan duit. Anak diajarmengukur dengan ukuran bukan piawai dan akhirnya ukuran berdasarkan unit piawai.

  • Konsep Waktu. Anak dibiasakan untuk mengukur waktu menggunakan pengalaman seharian. Aktivitianak disusun dalam sehari untuk membezakan waktu pagi, tengah hari dan petang.

  • Ramalan. Ramalan ialah melakukan anggaran berdasarkan maklumat yang terhad. Ramalan adalahberdasarkan pengalaman atau ukuran yang dibuat sebelumnya.

  • Menyelesaikan Masalah. Anak didedahkan dengan sesuatu keadaan atau masalah yang memerlukankemahiran dan kefahaman matematik untuk menyelesaikannya.

Matlamat Cepat Matematik

Cepat Matematik memenuhi kurikulum antarabangsa dan nasional kerana ia membentuk keupayaan anak untuk:

  • Berkomunikasi dengan berkesan menggunakan kefahaman dan istilah matematik yang tepat.

  • Menggunakan kemahiran dan istilah matematik yang telah dipelajari dalam mata pelajaran lain di sekolah dan juga dalam kehidupan seharian.

  • Membuat pertimbangan dan penaakulan untuk menentukan kesimpulan daripada sejumlah fakta, penyataan serta kejadian. Ini merupakan kemahiran asas berfikir secara saintifik.

Kursus Kemahiran Kaedah “Cepat Matematik”

Objektif

  • Memahami konsep pengajaran matematik untuk kanak-kanak prasekolah

  • Mengetahui tajuk-tajuk yang terkandung dalam Cepat Matematik

  • Memahami prinsip asas pengajaran Cepat Matematik

  • Mengetahui kaedah pengajaran Cepat Matematik secara efektif

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Konsep pengajaran matematik asas untuk kanak-kanak prasekolah

  • Sesi 2 : Tajuk-tajuk yang terkandung dalam matematik asas

  • Sesi 3 : Prinsip asas pengajaran matematik prasekolah

  • Sesi 4 : Kaedah pengajaran matematik secara efektif

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil Profesional Kaedah Mengajar Matematik

KAEDAH CEPAT MATEMATIK

Pengenalan

Cepat Matematik Prasekolah menggunakan pendekatan ‘belajar melalui pengalaman’. Setiap aktiviti disusun dari kaca mata anak kecil. Anak akan bermain di samping meneroka idea dan konsep matematik melalui perbincangan, penemuan, eksperimen, pertanyaan, catatan dan penilaian yang dibuat. Guru atau ibu bapa seharusnya menyediakan ruang dan peluang untuk anak memahami satu-satu konsep matematik. Setiap aktiviti menggunakan bahan-bahanyang mudah dicari dan didapatidi kawasan sekeliling.

Penekanan Konsep Nombor

Matematik bukan hanya mengenai simbol, pengiraan cepat, menghafal mahupun latih tubi. Matematik merupakan satu cabang ilmu tentang hubungan antara nombor, peristiwa, objek, sistem, pengiraan dan yang lebih penting ialah kesedaran bahawa nombor membantu kita untuk menyusun kehidupan harian kita. Penguasaan konsep asas matematik yang kukuh membolehkan anak untuk menerokai pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian.

Lengkap Dan Sesuai Untuk Usia Prasekolah

Cepat Matematik Prasekolah menepati garis panduan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan garis panduan yang diterima pada peringkat antarabangsa.Setiap pengajaran dan pembelajaran dijelaskan secara terperinci dan sistematik. Panduan yang tersusun berserta soalan yang sepatutnya ditanya dan arahan yang sepatutnya diberikan kepada angka di sepanjang aktiviti disediakan. Ini untuk memudahkan guru mahupun ibu bapa untuk mengajar matematik dengan lebih berkesan dan mudah pula untuk anak menerima satu-satu konsep yang hendak diperkenalkan.

Modul Kaedah Cepat Matematik

Sesi 1: 1 Jam 30 Minit

  • Konsep pengajaran matematik asasuntuk kanak-kanak prasekolah

  • Tajuk-tajuk yang terkandung dalammatematik asas

  • Prinsip asas pengajaran matematikprasekolah

Sesi 2: 2 Jam

  • Kaedah pengajaran matematiksecara efektif

Sesi 3: 1 Jam 30 Minit

  • Teknik tunjuk ajar berpandukan bukumengikut sistem 4P (P1)

Sesi 4: 1 Jam 45 Minit

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran matematik

  • Latihan dalam kelas (LDK)

Sesi 5: 1 Jam 30 Minit

  • LDK 1 : Belajar sambil bermain

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran matematik

Sesi 6: 2 Jam

  • LDK 2 : Belajar sambil bermain

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran matematik

Sesi 7: 1 Jam 30 Minit

  • LDK 3 : Belajar sambil bermain

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran matematik

Sesi 8: 1 Jam

  • Rumusan pembelajaran dankesimpulan

  • LDK 3 : Soal jawab