SL | CEPAT BACA (Ver2.0)

  • Cepat Baca
  • Pelatihan Awal

CEPAT BACA

Anak Anda Boleh Cepat Membaca Sebelum Bersekolah Lagi

Kaedah Fonemik Cepat Membaca

MUDAH

Mengajar membaca kini lebih mudah melalui kaedah Cepat Baca kerana menekankan aspek kesedaran fonem. Pengajaran difokuskan kepada kemahiran asas membaca yang terkini. Pembelajaran disusun sesuai dengan perkembangan usia anak.

LENGKAP

Cepat Baca padat dengan aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati garis panduan kurikulum prasekolah. Bagi memudahkan proses pengajaran, Cepat Baca dilengkapi dengan maklumat dan panduan pengajaran untuk ibu bapa dan guru pada setiap muka surat.

MENGHIBURKAN

Anak akan ceria belajar melalui rangsangan video animasi dan lagu yang menghiburkan. Bahan bercetak pula disulami dengan ilustrasi, pantun, dan cerita yang menarik. Belajar membaca kini menjadi lebih menarik dan anak pasti tidak akan bosan.

Apa Kesannya Jika Anak Tidak Lancar Membaca?

  • Risiko bagi anak yang masih tidak boleh membaca adalah apabila dia menginjak ke tahun satu. Anak yang masih tidak boleh membaca pasti ketinggalan apatah lagi dengan pembelajaran di sekolah yang semakin mencabar.

  • Anak yang mempunyai masalah membaca bukan hanya tertumpu kepada subjek bahasa Malaysia, ia pasti menjejaskan pembelajaran bagi subjek-subjek lain.

  • Aspek psikologi anak juga pasti terganggu apabila dia berada di sekolah rendah. Masalah membaca mungkin menimbulkan rasa rendah diri lantas anak tidak bermotivasi untuk belajar.

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Cepat Baca dilengkapi dengan panduan mengajar yang lengkap dalam setiap halaman buku teks. Video animasi dan lagu juga memaparkan kaedah pengajaran yang perlu dilalui oleh anak. Kursus kaedah mengajar “Cepat Baca” juga disusun untuk ibu bapa dan guru meningkatkan kefahaman dalam kaedah mengajar membaca.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Bagaimana Anak Anda Boleh Belajar Membaca dengan Cepat?

  • Kemahiran mendengar dengan keupayaan membeza dan mengenal pasti bunyi-bunyi asas dalam ungkapan-ungkapan ringkas merupakan keupayaan awal untuk membaca. Pengecaman bunyi-bunyi asas iaitu fonem-fonem bahasa Melayu diperkenalkan melalui ungkapan-ungkapan yang biasa didengar oleh anak. Dengan ini, anak boleh mengecam bunyi-bunyi asas ini serta menyebutnya dengan baik.

  • Anak memahami bahawa sesuatu perkataan yang bertulis merupakan gabungan lambang-lambang bunyi. Huruf yang merupakan lambang bunyi boleh digabungkan untuk membentuk gabungan bunyi. Anak dididik agar dapat menyabitkan setiap bunyi dengan lambang bunyi atau huruf yang berkenaan.

  • Anak dididik untuk mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi itu untuk kesemua fonem-fonem dalam bahasa Melayu. Fonem ialah bunyi terkecil yang mampu untuk menunjukkan kontras makna. Dalam bahasa Melayu terdapat 6 bunyi vokal, 27 bunyi konsonan dan 3 bunyi diftong.

  • Anak memahami bahawa dalam bahasa Melayu tulisan rumi, lambang-lambang bunyi iaitu huruf-huruf ditulis dengan urutan kiri ke kanan. Keupayaan ini hanya terbentuk dengan mantap bagi anak-anak yang berumur 5 – 8 tahun.

  • Anak mampu untuk memilih dan memisah bunyi dalam sesuatu ungkapan atau perkataan. Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi ini merupakan keupayaan penting untuk anak membaca. Kaedah Cepat Baca memulakan setiap pelajaran dengan perkataan atau ungkapan yang akan dipisah-pisahkan bunyinya.

  • Anak mampu untuk melaksanakan proses gabungan bunyi untuk membentuk perkataan. Gabungan bunyi atau memadukan bunyi ialah keupayaan memadukan dua atau lebih fonem untuk membentuk satu gabungan bunyi yang khusus.

Kursus Kemahiran Kaedah “Cepat Baca”

Objektif

  • Memahami teori membaca bahasa Melayu

  • Mengetahui bunyi-bunyi asas yang terdapat dalam bahasa Melayu

  • Memahami sistem 4P yang digunakan dalam Cepat Baca

  • Mengetahui teknik tunjuk ajar berpandukan buku Cepat Baca

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Teori membaca

  • Sesi 2 : Memperkenalkan bunyi-bunyi yang ada dalam bahasa Melayu

  • Sesi 3 : Sistem 4P (Pengisian bunyi, pengamatan bentuk dan bunyi, pemilihan dan pemisahan bunyi, pemaduan bunyi)

  • Sesi 4 : Teknik tunjuk ajar berpandukan buku Cepat Baca mengikut sistem 4P

"Syabas! Kaedah yang berkesan untuk pelbagai keupayaan pembelajaran."

Dr. Nor Hamidah Salleh, Parkar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

Pegawai penyelidik sepenuh masa Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd ini memiliki kesungguhan yang luar biasa dalam menghasilkan pakej-pakej pendidikan berkualiti. Selain menjadi penulis dan perunding di Al-Ameen Serve bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’, Zairani A. Hamid pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

Pengarang Buku: ZAIRANI A. HAMID.

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil Profesional Literasi Bahasa Melayu

KAEDAH CEPAT BACA

Pengenalan

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang perlu dibentuk dan tidak akan dikuasai secara semula jadi. Kajian terkini menunjukkan terdapat kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai sebelum anak itu mampu membaca. Kemahirankemahiran ini perlu dipupuk dengan memahami sistem bunyi sesuatu bahasa serta tahap perkembangan kefahaman anak itu sendiri.

Kesesuaian Dengan Peringkat Umur

Keupayaan membaca bergantung kepada peringkat umur anak dan kesediaannya untuk membaca. Peringkat umur 0 hingga 7 tahun menyaksikan perkembangan minda yang sungguh pesat. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu menyusun kaedah pelaksanaan yang teratur agar anak itu terbentuk kemahiran membacanya dengan baik.

Kesedaran Fonemik

 

Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam perkataan terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabung dan dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk boleh membaca.

“Pengarang berjaya menggabungkan di antara tahap psikologi kanak-kanak dengan kandungan, cara persembahan, ilustrasi yang menarik dan rupa bentuk buku yang tersendiri.”

Prof. Dr. Mohd Hamim Rajikin

Kemahiran Membaca 4P Cepat Baca

  • Pengisian bunyi melalui kata kunci.

  • Pengecaman bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.

  • Pemilihan dan pemisahan bunyi: Keupayaaan memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.

  • Pemaduan bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu untuk membentuk suku kata terbuka, tertutup juga kata dasar dan terbitan.

Modul Program Cepat Baca

Sesi 1: 1 Jam 30 Minit

  • Teori membaca

  • Sistem 4P (Pengisian bunyi, pengamatan bentuk dan bunyi, pemilihan dan pemisahan bunyi, pemaduan bunyi)

Sesi 2: 2 Jam

  • Memperkenalkan bunyi-bunyi yangada dalam bahasa Malaysia

  • Bedah buku (Buku teks Cepat Baca1, 2 dan 3)

Sesi 3: 1 Jam 30 Minit

  • Teknik tunjuk ajar berpandukan bukumengikut sistem 4P (P1)

  • Aktiviti pengukuhan untukpengisian bunyi

Sesi 4: 1 Jam 45 Minit

  • Teknik tunjuk ajar berpandukan bukumengikut sistem 4P (P2)

  • Aktiviti pengukuhan untukpengamatan bentuk dan bunyi

Sesi 5: 1 Jam 30 Minit

  • Teknik tunjuk ajar berpandukan bukumengikut sistem 4P (P3 & P4)

  • Aktiviti pengukuhan untuk pemilihan dan pemisahan bunyi danpemaduan bunyi

Sesi 6: 2 Jam

  • Aktiviti dalam kumpulan (Permainanberasaskan sistem 4P)

Sesi 7: 1 Jam 30 Minit

  • Persediaan untuk pengajaran mikro

Sesi 8: 1 Jam

  • Pengajaran mikro

  • Ulasan pengajaran mikro