• Bacalah Jawi
  • Pelatihan Awal

BACALAH JAWI

Inovasi Pendidikan Jawi Tidak Pernah Semudah Ini

Fokus Pembelajaran yang Mudah, Cepat dan Ceria!

MUDAH

Kaedah ini mudah diikuti kerana mengambil kira tahap perkembangan psikologi anak anda. Pembelajaran bertahap meyakinkan anak untuk belajar perkara yang baharu. Ibu bapa dan guru pula diberi panduan lengkap agar mudah membimbing anak.

CEPAT

Kaedah ini selari dengan kajian terkini berkenaan prinsip-prinsip asas membaca. Bunyi-bunyi asas bahasa Melayu diperkenalkan melalui kata-kata kunci yang mudah diingat. Kemahiran memadu dan memisah suku-suku kata kemudiannya dipupuk agar anak cepat membaca.

CERIA

Anak akan ceria belajar dengan rangsangan video animasi dan lagu yang menghiburkan. Bahan bercetak pula disulami dengan ilustrasi, pantun, dan cerita yang menarik. Anak anda tidak akan bosan belajar membaca Jawi.

Apakah Kesannya Jika Anak Anda Tidak Lancar Membaca Jawi?

  • Pendidikan Islam di sekolah rendah danmenengah diajar dalam tulisan Jawi. Jika anakanda merangkak-rangkak membaca Jawi, diaakan hilang minat untuk memberi fokus kepadaisi kandungan pelajaran. Akhirnya dia akanketinggalan dalam Pendidikan Islam.

  • Bukan itu sahaja, malah kelemahan dalam Jawijuga boleh membantutkan anak-anak untuk lancarmembaca al-Quran. Mungkin inilah sebab utamamasih ramai anak dan juga orang dewasa yangtidak lancar atau tidak dapat langsungmembaca al-Quran.

  • Tulisan Rumi merupakan tulisan pengantar dalampendidikan di sekolah. Murid-murid lebih selesadengan tulisan Rumi. Itulah sebab ramai muridsusah membaca Jawi apatah lagi menulis Jawi.

  • Susahnya membaca dan menulis Jawi berpuncadaripada kaedah mengajar Jawi yang tidakberkesan. Ini ditambah lagi dengan Jawi hanyaperlu dalam Pendidikan Islam. Maka motivasiuntuk menguasai Jawi perlu dipupuk dengankaedah Jawi yang “Mudah, Cepat dan Ceria”.

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Bacalah Jawi dilengkapi dengan panduan mengajar yang lengkap dalam setiap halaman buku teks dan buku tulis. Video animasi dan lagu juga memaparkan kaedah pengajaran yang perlu dilalui oleh anak. Kursus kaedah mengajar “Bacalah Jawi” juga disusun untuk ibu bapa dan guru meningkatkan kefahamanan dalam kaedah mengajar Bacalah Jawi.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Bagaimana Anak Anda Boleh Belajar Membaca Jawi dengan Cepat?

  • KESEDARAN FONEM

    Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang ada dalam sesuatu bahasa.Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem. 

  • KEMAHIRAN FONIKS: KAITAN ANTARA BUNYI DAN HURUF

    Kemahiran mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut. 

  • KEMAHIRAN FONIKS: PEMADUAN BUNYI

    Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang ada dalam sesuatu bahasa.Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai fonem. 

  • KEMAHIRAN FONIKS: PEMISAHAN BUNYI

    Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi. Membaca itu sebenarnya ialah keupayaan anak untuk memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan. 

  • KELANCARAN MEMBACA

    Kemahiran untuk lancar membaca dipupuk melalui siri buku bacaan bertahap. Buku ini bermula daripada bunyi asas dan berkembang kepada perkataan-perkataan suku kata terbuka, suku kata tertutup dan seterusnya perkataan yang berimbuhan. 

  • KEMAHIRAN MENULIS

    Kemahiran motor halus untuk menulis dibentuk melalui peningkatan keupayaan koordinasi mata-tangan yang lebih tinggi. Ini dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti pensel seperti menconteng, mewarna, menyalur, menyambung dan menyalin. 

  • SISTEM EJAAN JAWI TERKINI

    Anak-anak didedahkan dengan sistem ejaan Jawi terkini. Petua-petua asas diperkenalkan seperti hukum yang dapat menentukan sama ada huruf alif patut ditulis atau digugurkan pada sesuatu perkataan.  

Matlamat Bacalah Jawi

Bacalah Jawi merupakan inovasi pendidikan awal kanak-kanak yang terbukti berkesan dan mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Selatan Thailand. Pada akhir pelaksanaan kaedah ini, anda akan temui perbezaannya.

  • Anak anda bolehmembaca dengan lancar.

  • Anak anda bolehmenulis Jawi dengan tepat.

  • Anak anda bermotivasi untuk membaca buku-buku dalamtulisan Jawi.

Kursus Kemahiran Kaedah “Bacalah Jawi”

Objektif

  • Memahami teori membaca Jawi

  • Mengetahui bunyi-bunyi asas dan lambang tulisan dalam Jawi baharu

  • Memahami sistem 4P yang digunakan dalam Bacalah Jawi

  • Mengetahui teknik tunjuk ajar berpandukan buku Bacalah Jawi

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : a) Konsep membaca dalam pendidikan tulisan jawi. b) Prinsip-prinsip asas kemahiran membaca

  • Sesi 2 : Pendekatan dan sistem 4P

  • Sesi 3 : Fonem asas serta lambang tulisan dalam sistem Jawi baharu

  • Sesi 4 : Pendekatan pengajaran “Bacalah Jawi”

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil Profesional Kaedah Mengajar Jawi

BACALAH JAWI

Pengenalan

Tulisan Jawi merupakan kunci kepada khazanah ilmu tamadun Melayu Islam. Hampir keseluruhan kitab yang ditulis oleh para pemikirdan alim ulama di Nusantara Melayu ditulis dalam tulisan Jawi. Ternyata ilmu yang terkandungdalam kitab-kitab ini amat tinggi nilainya terutamanya dalam bidang agama, falsafah serta nilai budaya bangsa Melayu.Tulisan Jawi juga penting untuk memelihara identiti bangsa Melayu.Antara malapetaka yang berlaku apabila Jawi tidak menjadi tulisan pengantar ialah umat Islam akan mula berasa susah untuk membaca Al-Quran.

Kenapa Kita Susah Membaca Jawi?

Ada dua masalah yang perlu diatasi di sini iaitu tiada minat untuk belajar dan tidak dibiasakan. Oleh itu, Al-Ameen telah menyusun satu kaedah yang mudah untuk mengajar anak-anak membaca Jawi.

  • Bahasa Melayu mempunyai satu sifat iaitu ia mempunyai bunyi fonemik bagi sesuatu huruf yang boleh digabungkan menjadi suku kata yang jelas. Gabungan-gabungan suku kata ini akan membentuk perkataan yang bermakna.

  • Kaedah fonemik pada asasnya ialah menggabungkan bunyi-bunyi huruf untuk membentuk gabungan-gabungan suku kata dan seterusnya perkataan yang lebih bermakna.

  • Kaedah fonemik serta sifat bahasa Melayu yang istimewa ini boleh digabungkan dengan pelbagai teknik pengajaran yang moden untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Teknik fonemik, permainan dan aktiviti bahasa adalah antara teknik pengajaran yang berkesan.

“Pendekatan Bacalah Jawi sungguh tersusun, menarik dan mudah untuk dipelajari. Semoga buku ini dapat membawa manfaat kepadaseluruh Nusantara Melayu.”

Haji Zakaryya Adam, 

 Mantan Ahli Majlis Bahasa Melayu Antarabangsa

Membaca Jawi Sebenarnya Mudah

Apa yang penting bagi ibu bapa ialah menggalakkan anak­ untuk mula belajar Jawi seawal yang mungkin. Ini kerana anak itu semestinya mahu, mampu dan sepatutnya belajar membaca dan menulis Jawi agar mereka mempunyai jati diri yang tinggi.

Modul Program Kaedah Bacalah Jawi

Sesi 1: 1 Jam 30 Minit

  • Konsep membaca dalam pendidikantulisan Jawi

  • Prinsip-prinsip asas kemahiran membaca

Sesi 2: 2 Jam

  • Pendekatan dan sistem 4P

Sesi 3: 1 Jam 30 Minit

  • Fonem asas serta lambang tulisandalam sistem Jawi baru

  • Pendekatan pengajaran“Bacalah Jawi”

Sesi 4: 1 Jam 45 Minit

  • Hukum ejaan asas dalam sistemJawi baru

  • Teknik pengajaran berkesan

Sesi 5: 1 Jam 30 Minit

  • Bahan bantu mengajar dalampembelajaran Jawi

  • Aktiviti berkumpulan 1

Sesi 6: 2 Jam

  • Pengajaran mikro

  • Aktiviti berkumpulan 2

Sesi 7: 1 Jam 30 Minit

  • Aktiviti berkumpulan 3

Sesi 8: 1 Jam

  • Aktiviti berkumpulan 4