SL | AWAL SAINS (Ver2.0)

  • Awal Sains
  • Pelatihan Awal

AWAL SAINS

Kunci Cara Berfikir Untuk Kejayaan Hidup

Fokus Pengalaman Saintifik yang Sistematik, Kritis dan Kreatif!

SISTEMATIK

Pakej Awal Sains disusun secara sistematik bersesuaian dengan perkembangan pemikiran anak berusia 4-6 tahun. Setiap aktiviti dijalankan menggunakan pendekatan eksperimen untuk meningkatkan kemahiran dan pengalaman saintifik anak anda.

KRITIS

Membina sikap saintifik yang melibatkan pemerhatian, pertanyaan, ramalan dan penyelesaian masalah. Anak-anak akan memusatkan pemerhatian kepada apa yang mereka fikirkan boleh berlaku. Kemudiannya, sikap ingin bertanya akan tercetus melalui pemikiranyang kritis.

KREATIF

Anak-anak akan mengemukakan idea-idea baharu untuk menghadapi sesuatu permasalahan dan berkebolehan untuk menyelesaikannya melalui eksperimen saintifik.

Apakah Kesannya Jika Anak Anda Tidak Berfikiran Saintifik?

Lemah pemikiran saintifik bermaksud anak anda tidak mahir berfikiran seperti berikut:

  • Mempersoalkan Pemerhatian: Mengapakahlangit biru? Apakah yang menyebabkan banjir?Kenapakah perlu belajar untuk menjadi pandai?Dan banyak lagi…

  • Membuat Kajian: Mendapatkan maklumatlanjut misalnya tentang warna-warna langit.Mereka bentuk kajian untuk memastikan adakahlangit sentiasa biru pada sesuatu masa…

  • Sentiasa Mempersoalkan Rumusan yang Dibuat:Jika misalnya rumusan bahawa langit hanya birudi atas permukaan laut…kajian patut dibuat untukmelihat warna langit di atas permukaan hutan.

  • Sentiasa Menerima Kemungkinan Idea yangDirumuskan Ada Kelemahannya: Sah atau puntidak sesuatu rumusan itu bergantung kepadadata dan fakta yang diperoleh melalui kajian.

  • Sentiasa Terbuka Membuat Kajian Baharu: Sikap terbuka untuk mencari rumusan yang betulmerupakan pemikiran saintifik yang baik.

  • Berfikir Secara Kreatif: Jika rumusan padasesuatu permasalahan tidak menepati data danfakta kajian, pemikiran saintifik menuntut untukanak anda berfikiran kreatif bagi mencarirumusan yang lain.

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Pakej Awal Sains dilengkapi panduan untuk guru dan ibu bapa bagi setiap aktiviti. Setiap tahap disediakan buku teks iaitu panduan aktiviti untuk guru dan buku makmal untuk murid. Ibu bapa dan guru disediakan buku panduan rujukan bersiri Mudahnya Sains dan Kembara Sains.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Matlamat Awal Sains

Awal Sains bertujuan untuk membentuk Sikap, Kaedah dan Pengalaman Saintifik Anak Anda:

  • Sikap saintifik bermaksud tabiat bertanya dengan betul, keinginan yang mendalam untuk mendapatkan jawapan, serta berkebolehan melakukan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang dihadapi.

  • Kaedah Saintifik memadukan cara berfikir dan penerokaan praktis terhadap sesuatu permasalahan. Kemahiran saintifik membuat inkuiri, penerokaan, mereka cipta dan membuat kesimpulan dibentuk melalui uji kaji yang disediakan.

  • Pengalaman saintifik ialah uji kaji atau aktiviti praktis yang dibuat sendiri oleh anak untuk menguji ramalan atau kefahaman mereka tentang sesuatu hal.

Kursus Kemahiran Kaedah “Awal Sains”

Objektif

  • Memahami konsep pengajaran sains untuk kanak-kanak prasekolah

  • Mengetahui tajuk-tajuk yang terkandung dalam Awal Sains

  • Memahami prinsip asas pengajaran Awal Sains

  • Mengetahui kaedah pengajaran Awal Sains secara efektif

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Konsep pengajaran sains untuk kanak-kanak prasekolah

  • Sesi 2 : Tajuk-tajuk yang terkandung dalam Awal Sains

  • Sesi 3 : Prinsip asas pengajaran Awal Sains prasekolah

  • Sesi 4 : Kaedah pengajaran Awal Sains secara efektif

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil Profesional Kaedah Mengajar Sains

KAEDAH AWAL SAINS

Pengenalan

Aktiviti dan eksperimen dirangka berdasarkan Kurikulum Sains Prasekolah Kebangsaan. Aktiviti dan eksperimen ini menawarkan pengalaman saintifik untukkanak-kanak melalui kaedahyang menarik dan interaktif. 


Sikap saintifik bermaksud tabiat bertanya dengan betul, keinginan yang mendalam untuk mendapatkan jawapan, serta berkebolehan melakukan penyelesaian yang tepat terhadap permasalahan yang berlaku. 


Kaedah saintifik pula bermaksud memusatkan perhatian kanak-kanak kepada apa yang mereka fikir akan berlaku. Ia dilakukan dengan menggalakkan mereka membuat ramalan (walaupun bagi mereka, hal ini lebih kepada membuat tekaan). 


Pengalaman saintifik kanak-kanak bermula apabila mereka mula membuat ramalan. Mereka perlu diberi peluang untuk memperkatakan apa yang mereka fikir bakal berlaku sebelum sesebuah aktiviti dimulakan,dan tentunya, sebelum andamula bercakap.

Modul Program Kaedah Awal Sains

Sesi 1: 1 Jam 30 Minit

  • Konsep pengajaran sains untukkanak-kanak prasekolah

  • Tajuk-tajuk yang terkandung dalamAwal Sains

  • Prinsip asas pengajaran Awal Sainsprasekolah

Sesi 2: 2 Jam

  • Kaedah pengajaran Awal Sainssecara efektif

Sesi 3: 1 Jam 30 Minit

  • Bermain dengan sains (aktivitieksperimen efektif prasekolah)

Sesi 4: 1 Jam 30 Minit

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran sains

  • Latihan dalam kelas

Sesi 5: 1 Jam 30 Minit

  • Eksperimen 1 : Sesuai dilaksanakandi peringkat prasekolah

  • Rancangan mengajar berkenaanEksperimen 1

Sesi 6: 2 Jam

  • Eksperimen 2 : Sesuai dilaksanakandi peringkat prasekolah

  • Rancangan mengajar berkenaanEksperimen 2

Sesi 7: 1 Jam 30 Minit

  • Eksperimen 3 : Sesuai dilaksanakandi peringkat prasekolah

  • Rancangan mengajar berkenaanEksperimen 3

Sesi 8: 1 Jam

  • Rumusan pembelajaran dankesimpulan