• Al-Barqy
  • Pelatihan Awal

KAEDAH ASAS AL-BARQY

Belajar Membaca Al-Quran Secepat Kilat

Kaedah Belajar Membaca Al-Quran yang Cepat, Ceria & Anti-Lupa

CEPAT

Kaedah Al-Barqy disusun agar anak-anak dan orang dewasa cepat membacaAl-Quran. Melalui pendekatan kata kunci, bunyi serta huruf al-Quran dapatdipelajari dengan cara yang cepat dan mudah.

CERIA

Pengajaran dan pembelajaran al-Barqy berpusatkan kepada murid. Pelajaran bermodul yang dilengkapi dengan bahan tunjuk ajar, aktiviti pengukuhan dan pengayaan menarik minat anak untuk terus belajar. Beraneka aktiviti permainanmembuatkan suasana belajar menjadi lebih ceria.

ANTI-LUPA

Pendekatan bermodul berdasarkan kata kunci dengan kaedah pengulanganyang tersusun memudahkan anak agar tidak lupa perkara yang dipelajari.

Keutamaan Membaca al-Quran

  • Syafaat di Hari Akhirat - “Bacalah oleh kamu sekalian akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datangpada hari kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafaat - yakni pertolongan - kepada orang-orang yang mempunyainya.” (Maksud Riwayat Muslim)

  • Sebaik-baik Golongan - “Sebaik-baik kamu sekalian ialah orang yang mempelajari al-Quran danmengajarkannya pula.” (Maksud Riwayat Bukhari) 

  • Perumpamaan Orang yang Membaca Al-Quran - “Perumpamaan orang Mukmin yang suka membacaal-Quran ialah seperti buah utrujah, baunya enak dan rasanya pun enak dan perumpamaan orangMukmin yang tidak suka membaca al-Quran ialah seperti buah kurma, tidak ada baunya, tetapi rasanyamanis. Adapun perumpamaan orang munafik yang suka membaca al-Quran ialah seperti minyak harum,baunya enak sedang rasanya pahit dan perumpamaan orang munafik yang tidak suka membaca al-Quranialah seperti rumput hanzhalah, tidak ada baunya dan rasanya pun pahit.” (Maksud Hadith Muttafaq ‘Alaih) 

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Kaedah Al-Barqy dilengkapi dengan panduan mengajar yang lengkap dalam setiap halaman buku teks dan buku aktiviti. Video animasi dan lagu juga membantu pembelajaran anak. Kursus kaedah mengajar “KaedahAl-Barqy” juga disusun untuk ibu bapa dan guru meningkatkan kefahaman dalam kaedah mengajar.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Anak Anda Boleh Membaca Al-quran dengan Mudah

  • SELARI DENGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB 

    Al-Quran diwahyukan dalam bahasa Arab. Oleh itu, pengajarannya juga harus sesuai dengan kaedah membaca huruf dan kalimah bahasa Arab. Pada peringkat awal pembacaan, bentuk huruf dan tandabaris dikemukakan melalui struktur kata atau kalimat.Bentuk dan bunyi huruf tunggal yang bersambung turut diperkenalkan.

  • PENDEKATAN KATA KUNCI 

    Setiap kata kunci memiliki makna yang mudah difahami dan dihafal yang kemudiannya dapat digunakan sebagai kunci rujukan terutamanya apabila anak-anak terlupa. Oleh itu, pendekatan kata kunci menjadikan anak-anak anti-lupa. Kata-kata kunci merupakan frasa mudah bunyi-bunyi bahasa Arab yang ada makna dalam bahasa Melayu.

  • SISTEM YANG TERSUSUN 

    Kaedah Al-Barqy menggunakan sistem yang berikut:i. Pengamatan bentuk dan bunyi hurufii. Pemilihan dan Pemisahan iii. PemaduanDalam satu muka surat sahaja anak-anak telah dapat mengenali sesuatu huruf di samping dapat membaca kalimat yang bersambung. Kemahiran ini tercapai melalui ketiga-tiga tahap ini.

  • TEKNIK YANG BERKESAN 

    1.  Menggalakkan daya ingatan anak-anak denganmenggunakan titian ingatan.
    2. Pengelompokkan bunyi atau bentuk untukmemindahkan huruf yang telah dikenal kepadahuruf yang baru.
    3. Menggunakan titian unta iaitu urutan yangmengarah dalam bentuk kalimat-kalimatyang berirama.
    4. Membiasakan anak-anak dengan sebutan huruf dantajwid yang betul melalui bacaan kalimat-kalimatserta nasyid yang berirama.
    5. Membiasakan anak-anak membaca ayat-ayatAl-Quran secara berterusan daripada peringkatawal lagi.
    6. Tahap pengayaan pula akan mengujikelancarannya membaca potongan ayatAl-Quran yang berbeza.
    7. Setiap pelajaran diakhiri dengan bacaan surahuntuk menguji kelancarannya membaca potonganayat Al-Quran yang berbeza.

  • MURID AKTIF GURU MEMBIMBING 

    Kaedah Al-Barqy menggalakkan murid untuk membaca sendiri, memisah sendiri, memilih sendiri dan memadu sendiri kalimat-kalimat pada setiap muka surat. Guru hanya perlu membimbing dan mendorong murid.Kaedah Al-Barqy bukan sahaja sesuai diajar secara satu sama satu, tetapi juga amat berkesan untuk pembelajaran di dalam kelas.

  • SOKONGAN UNTUK GURU DAN IBU BAPA 

    Buku teks Al-Barqy dilengkapi dengan buku aktiviti Al-Barqy untuk melengkapkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, buku panduan pelaksanaan kaedah Al-Barqy disediakan untuk guru dan ibu bapa.

Matlamat Kaedah Asas Al-barqy

Kaedah Al-Barqy menjadi pilihan para guru, ibu bapa dan individu yang ingin mengajar dan belajar Al-Quran:

  • Ibu bapa dan guru lebih mudah mengajar kerana maklumat dan panduan mengajar disediakan bagi setiap pelajaran.

  • Guru dan ibu bapa boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran dengan adanya buku dan VCD Panduan Mengajar, Kad Imbasan dan nasyid.

  • Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan kepada anak dan ini memudahkan anak untuk cepat membaca al-Quran.

Kursus Kemahiran “Al-Barqy” - Kaedah Cepat Membaca Al-Quran

Objektif

  • Memberi pendedahan kepada para guru berkenaan kaedah penggunaan buku-buku aktiviti dan latih tubi KSPK.

  • Memantapkan kefahaman guru tentang KSPK

  • Penggunaan majalah AWAL dalam kelas bagi menggalakkan pembentukan adab dan akhlak melalui segmen-segmen terpilih.

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : a) Konsep membaca dalam pendidikan al-Quran  b) Asas Kemahiran membaca al-Quran

  • Sesi 2 : a) Kepentingan dan fadilat mengajar dan belajar al-Quran  b) Keistimewaan kaedah al-Barqy

  • Sesi 3 : Pendekatan dan sistem 4P

  • Sesi 4 : Teknik pengajaran berkesan untuk kata kunci al-Barqy

EVERYONE CAN TEACH!

Sijil Profesional Kaedah Mengajar Al-quran

KAEDAH ASAS AL-BARQY

Krisis Kebolehan Membaca

Kajian tentang KRISIS KEBOLEHAN MEMBACA oleh Mohd Faizal, Zawawi & Rahimi (2008) menjelaskan bahawasehingga hari ini, masih didapati kebanyakan umat Islam di Malaysia pada peringkat umur dewasa yang mengenali huruf-huruf “hijaiyyah” tetapi tidak mampu membaca al-Quran atau boleh membaca tetapi tidak lancar malah paling menyedihkan ada yang langsung tidak mengenali huruf atau diistilahkan “buta al-Quran”.

Selari dengan Pengajaran Bahasa Arab

Al-Quran telah diwahyukan dalam bahasa Arab. Oleh itu, pengajaran al-Quran harus sesuai dengan kaedah membaca huruf dan kalimah bahasa Arab. Pada peringkat awal al-Barqy, bentuk huruf dan tanda baris dikemukakan melalui struktur kata atau kalimah. Bentuk huruf yang bersambung juga diperkenalkan dari awal lagi.

Pendekatan Kata Kunci

Sebanyak 4 kata kunci dalam bentuk struktur kata yang mudah dihafal telah dikemukakan. Kata-kata kunci ini merupakan asas untuk memperkenalkan huruf-huruf serta tanda-tanda baris al-Quran yang lain. Ia juga merupakan sumber rujukan anak apabila terlupa.

Sistem yang Tersusun – Sistem 4P

  • Pengisian bunyi

  • Pengamatan bentuk dan bunyi huruf

  • Pemilihan dan pemisahan

  • Pemaduan

Keempat-empat tahap ini memudahkan anak-anak mengenali sesuatu huruf di samping membaca kalimah yang bersambung dari peringkat awal lagi. Teknik pindahan huruf iaitu memperkenalkan huruf dan bunyi yang baru dengan mengaitkan bentuk atau bunyi yang telah diketahui. Teknik titian unta dalam pengajaran sukun dan tashdid iaitu urutan yang mengarah dalam bentuk irama. Teknik bacaan kalimah-kalimah serta nasyid yang berirama untuk membiasakan anak-anak dengan sebutan huruf dan tajwid yang betul.

Modul Kaedah Asas Al-barqy

Sesi 1: 1 Jam 30 Minit

  • Konsep membaca dalam pendidikanal-Quran

  • Asas kemahiran membaca al-Quran

  • Kepentingan dan fadilat mengajardan belajar al-Quran

  • Keistimewaan kaedah al-Barqy

Sesi 2: 2 Jam

  • Pendekatan dan sistem 4P

  • Teknik pengajaran berkesan untukkata kunci

  • Pengajaran mikro kata kunci

Sesi 3: 1 Jam 30 Minit

  • Teknik pengajaran berkesan untukbaris kasrah dan dhommah

  • Teknik pengajaran berkesan untuktanwin

Sesi 4: 1 Jam 45 Minit

  • Merancang rancangan mengajarpengajaran matematik

Sesi 5: 1 Jam 30 Minit

  • Pengajaran mikro pelajaranpindahan huruf

  • Teknik pengajaran berkesan bacaanMad

Sesi 6: 2 Jam

  • Teknik pengajaran berkesan sukun

  • Teknik pengajaran berkesansyaddah

Sesi 7: 1 Jam 30 Minit

  • Pengajaran mikro untukkeseluruhan pelajaran

  • Teknik pengajaran berkesan untuknama huruf

Sesi 8: 1 Jam

  • Rumusan pembelajaran dankesimpulan