BUKU AKTIVITI PRASEKOLAH KSPK

Merangkumi Semua Subjek yang Diperlukan oleh Tadika Anda

MESRA KANAK-KANAK

Buku Aktiviti Prasekolah KSPK diolah mengikut umur dan perkembangan kanak-kanak. Terdapat 3 buah buku utama bagi setiap mata pelajaran untuk kanak-kanak berumur 4, 5 dan 6 tahun yang disusun secara sistematik dan bertahap.

BERLANDASKAN KSPK

Isi kandungan memenuhi kehendak standard kandungan dan pembelajaran dalam KSPK. Ini memudahkan guru menyusun pengajaran dan pembelajaran dengan memfokus kepada aktiviti latih tubi yang akan meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.

MENGHIBURKAN

Menarik minat kanak-kanak dengan konsep belajar melalui aktiviti bermain, bernyanyi dan bercerita yang menyeronokkan.

Apakah Kelebihan Buku Aktiviti Prasekolah KSPK?

Buku Aktiviti Prasekolah KSPK terbitan Al-Ameen Serve sangat menarik dan berkesan untuk digunakan di tadika anda kerana:

  • Sesuai dengan perkembangan umur kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun.

  • Memenuhi kehendak standard kandungan dan pembelajaran dalam KSPK.

  • 41 judul buku yang lengkap bagi memenuhi setiap tunjang KSPK (lihat senarai pesanan).

  • Halaman berwarna-warni penuh dengan ilustrasi yang menarik.

  • Kemahiran motor halus seperti menconteng, mewarna, menyalur, menyambung, dan menyalin dikembangkan menurut sistem tersusun.

  • Padat dengan aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati KSPK semakan terkini.

  • Mempunyai akses internet “QR Code” yang mengandungi pelbagai video, audio dan lagu-lagu yang menyeronokkan.

  • Menerapkan aktiviti dan soalan berkonsepkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi merangsang minda kanak-kanak.

  • Menarik minat kanak-kanak dengan konsep belajar melalui aktiviti bermain, menyanyi dan bercerita.

Memudahkan Pembelajaran dan Pengajaran

Tugas sebagai guru tadika memang mencabar. Bahan pengajaran yang sesuai perlu disusun rapi dan dapat merangsang minat kanak-kanak. Buku Aktiviti KSPK memudahkan guru untuk mencapai objektif pengajaran dengan pendekatan yang bersepadu melalui pelbagai aktiviti menarik. Tambahan lagi isi kandungan terpilih mempunyai akses internet “QR code” yang mengandungi video, audio dan lagu-lagu yang menghiburkan. Pastinya anak-anak tidak mudah bosan.

Klik imej untuk lihat contoh muka surat

Buku aktiviti Prasekolah  ini menarik dan berkesan kerana:

  • Sesuai dengan perkembangan umur anak. Ilustrasi, lagu dan aktiviti yang menarik

  • Kemahiran motor halus - Kemahiran menconteng, mewarna, menyalur, meyambung dan menyalin dikembangkan menurut sistem tersusun.

  • Padat aktiviti - Aktiviti pelajaran, pengukuhan dan pengayaan yang menepati garis panduan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) 2017.

  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - Aktiviti membaca dan menulis digabungkan dalam situasi yang merangsangkan minda.

Kursus Kemahiran Menggunakan Buku Aktiviti KSPK

Objektif

  • Memberi pendedahan tentang buku-buku Aktiviti dan Latih Tubi KSPK

  • Memberi pemahaman kepada guru tentang standard pembelajaran yang ingin dicapai dalam KSPK melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan 

  • Membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menerusi aktiviti-aktviti yang disediakan dengan lebih berkesan

Tempoh Pelatihan

Pelatihan dijalankan selama ½ hari (9.00 pagi – 12.00 tengahari).

Modul Pelatihan

  • Sesi 1 : Pengenalan kepada buku-buku Aktiviti KSPK Ameen - Konsep dan pendekatan

  • Sesi 2 : Penggunaan Kod QR dalam bentuk audio dan video - Contoh Penggunaan

  • Sesi 3 : Pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kreativiti dalam buku-buku aktviti KSPK Ameen - Contoh Pengajaran

  • Sesi 4 : Perkembangan literasi yang tersusun dalam semua buku aktiviti KSPK Ameen - Contoh Pengajaran