ANAK ANDA BOLEHCEPAT MEMBACA SEBELUMBERSEKOLAH LAGI

MUDAH

Mengajar membaca kini lebihmudah melalui kaedah CepatBaca kerana menekankan aspekkesedaran fonem.

LENGKAP

Padat denganaktiviti pelajaran, pengukuhandan pengayaan yang menepatigaris panduan kurikulumprasekolah.

MENGHIBURKAN

Bahan mengajar dilengkapi dengan ilustrasi, pantun, cerita, animasi dan lagu yang menghiburkan.

BAGAIMANA ANAK ANDA BOLEH BELAJAR MEMBACA DENGAN CEPAT?

PENGECAMAN BUNYI-BUNYI ASAS

Pengecaman bunyi-bunyi asasiaitu fonem-fonem bahasa Melayu diperkenalkan melalui ungkapan-ungkapan yang biasa didengar olehanak. Dengan ini, anak boleh mengecam bunyi-bunyi asas ini serta menyebutnya dengan baik.

PENGECAMAN BUNYI HURUF

Anak memahami bahawa sesuatu perkataan yang bertulis merupakan gabungan lambang-lambang bunyi.Huruf yang merupakan lambang bunyi boleh digabungkan untuk membentuk gabungan bunyi. Anakdididik agar dapat menyabitkan setiap bunyi dengan lambang bunyi atau huruf yang berkenaan.

FONEM

Anak dididik untuk mengecam bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi itu untuk kesemua fonem-fonem dalam bahasa Melayu. Fonem ialah bunyi terkecil yang mampu untuk menunjukkan kontras makna. Dalam bahasa Melayu terdapat 6 bunyi vokal, 27 bunyi konsonan dan 3 bunyi diftong.

URUTAN HURUF

Anak memahami bahawa dalam bahasa Melayu tulisan rumi, lambang-lambang bunyi iaitu huruf-huruf ditulis dengan urutan kiri ke kanan. Keupayaan ini hanya terbentuk dengan mantap bagi anak-anak yang berumur 5 – 8 tahun.

KEMAHIRAN MEMILIH DAN MEMISAHKAN BUNYI

Anak mampu untuk memilih dan memisah bunyi dalam sesuatu ungkapan atau perkataan. Kemahiranmemilih dan memisahkan bunyi ini merupakan keupayaan penting untuk anak membaca. Kaedah CepatBaca memulakan setiap pelajaran dengan perkataan atau ungkapan yang akan dipisah-pisahkan bunyinya.

GABUNGAN BUNYI

Anak mampu untuk melaksanakan proses gabungan bunyi untuk membentuk perkataan. Gabunganbunyi atau memadukan bunyi ialah keupayaan memadukan dua atau lebih fonem untuk membentuk satugabungan bunyi yang khusus

TESTIMONI


TEACHER FARA

Guru, Tadika Cerdas Minda

"Anak-anak sudah boleh membaca seawal tiga tahun. Anak-anak di tadika, apabila sudah habis waktu belajar, mereka akan meminta lagi "Teacher, nak belajar! Teacher nak belajar". Sampaikan macam itu sekali, kerana seronoknya belajar"

DR. NOR HAMIDAH

Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja

"Satu kaedah yang berkesan untuk pelbagai keupayaan dalam pembelajaran"

A New Experience of Flavor

Coffee tastes have changed so much that I remember around 2012, introducing a much more acidic coffee into our blend thinking we were going to lead customers into a new experience of flavour, only to be dismayed on day one with customer’s dissatisfaction with a fruitier and more flavourful coffee. Coffee is after all the seed of a fruit. From then on, we began to work at a gradual pace, turning up the brightness a little, season after season. Today we can proudly craft a coffee with notes of lemon meringue, strawberry or passionfruit and find people on all sides of the counter are learning and developing their pallets.

PAKEJ CEPAT BACA


  • Pakej Cepat Baca 1

  • Pakej Cepat Baca 2

  • Pakej Cepat Baca 3