SIJIL PROFESIONAL
LITERASI BAHASA MELAYU

KAEDAH CEPAT BACA

Kemahiran membaca merupakan kemahiran yang perlu dibentuk dan tidak akan dikuasai secara semula jadi. Kajian terkini menunjukkan terdapat kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai sebelum anak itu mampu membaca. Kemahiran-kemahiran ini perlu dipupuk dengan memahami sistem bunyi sesuatu bahasa serta tahap perkembangan kefahaman anak itu sendiri. 

    KESESUAIAN DENGAN PERINGKAT UMUR

    Keupayaan membaca bergantung kepada peringkat umur anak dan kesediaannya untuk membaca. Peringkat umur 0 hingga 7 tahun menyaksikan perkembangan minda yang sungguh pesat. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlu menyusun kaedah pelaksanaan yang teratur agar anak itu terbentuk kemahiran membacanya dengan baik.

      KESEDARAN FONEMIK

      Kesedaran fonemik ialah kesedaran bahawa dalam perkataan terdapat bunyi-bunyi asas yang boleh digabung dan dipisahkan. Kajian menunjukkan bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan anak untuk boleh membaca.

        EVERYONE CAN TEACH!

        KEMAHIRAN MEMBACA 4P CEPAT BACA

        1. Pengisian bunyi melalui kata kunci.
        2. Pengecaman bunyi dan bentuk huruf yang melambangkan bunyi tersebut.
        3. Pemilihan dan pemisahan bunyi: Keupayaaan memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang ada dalam sesuatu perkataan.
        4. Pemaduan bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu untuk membentuk suku kata terbuka, tertutup juga kata dasar dan terbitan.

        “Pengarang berjaya menggabungkan di antara tahap psikologi kanak-kanak dengan kandungan, cara persembahan, ilustrasi yang menarik dan rupa bentuk buku yang tersendiri.” Prof. Dr. Mohd Hamim Rajikin, UiTM