Berikut adalah syarat-syarat penggunaan Akses Premium Tadika serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan di ruangan ini.

Untuk mengakses ruangan ini, anda perlu mendaftarkan tadika DI SINI dan telah mendapat PASSCODE melalui emel.

PASSCODE yang diberikan bersifat unik dan hanya boleh digunakan untuk akaun yang telah didaftarkan sahaja. 

Akses kepada ruangan premium ini adalah PERCUMA sehingga 31 Oktober 2018.

Bagi tadika yang membuat pembelian berjumlah RM250 ke atas dalam tempoh sehingga 31 Oktober 2018, PASSCODE anda akan terus diaktifkan untuk akses sehingga setahun (12 bulan).

Bagi tadika yang tidak membuat sebarang pembelian sekurang-kurangnya RM250, PASSCODE anda akan dinyahaktifkan.

PASSCODE yang telah dinyahaktif boleh diaktifkan semula sehingga setahun (12 bulan) setelah anda membuat pembelian berjumlah RM250 ke atas.

Bahan-bahan harta intelek yang terkandung dalam ruangan ini sama ada video, audio, artikel, gambar dan dokumen adalah hak milik Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. Anda dibenarkan menggunakan isi kandungan di dalam ruangan ini untuk kegunaan tadika anda sahaja.

Setiap bahagian daripada isi kandungan yang dimuat turun tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta terlebih dahulu.