Tulang Kuat Badan Sihat

Oleh: Thurgashrie Siva Kumar & Dr. Nor Aini Jamil

Zaman kanak-kanak dan remaja merupakan fasa penting bagi pertumbuhan tulang. Seorang kanak-kanak mencapai jisim tulang puncak (peak bone mass) menjelang akhir dekad kedua kehidupan iaitu pada fasa akhir remaja atau awal dewasa. Setelah jisim tulang puncak dicapai, jisim tulang biasanya akan kekal stabil sehingga pertengahan dewasa (~ 45 hingga 50 tahun). Setelah itu, kemerosotan tulang akan berlaku secara semula jadi dalam kalangan lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, kehilangan jisim tulang yang lebih drastik akan berlaku dalam kalangan wanita setelah mengalami putus haid (menopaus), disebabkan berlakunya perubahan hormon yang mengawal atur kesihatan tulang.  

READ MORE...