4 Tip Mengingat Bentuk Huruf

Oleh: Zairani A. Hamid

Di sini saya ingin perturunkan tip untuk ingat huruf dan bentuknya. Ada bentuk dan bunyi huruf yang seakan-akan sama tapi sebenarnya tak serupa. Biasanya anak akan keliru antara huruf u dengan n, antara huruf n dengan h, antara huruf m dengan w, antara huruf b dengan d, p, q dan banyak lagi. Selain daripada meminta anak membentuk huruf dengan plastisin atau play dough, ada beberapa cara lain yang boleh kita gunakan.

1. Memanfaatkan kelebihan anak dalam berimaginasi. Imaginasi anak memang tinggi. Contoh, bentuk s. Minta anak bayangkan bentuk melengkok s itu dengan bentuk ular. Untuk bentuk c pula, minta anak bayangkan bentuk melengkok c itu dengan pemegang cawan.

READ MORE...