Jom Belajar Sambil Bermain

Posted by Azraai Ahmad

Menjadi lumrah buat anak kecil yang sentiasa gemarkan permainan. Anak kecil sememangnya boleh didedahkan kepada pelbagai jenis pembelajaran melalui bermain. Salah satu permainan wajib yang harus ada dalam senarai aktiviti anda ialah permainan lumba kereta. Pelbagai elemen pembelajaran boleh diperkenalkan kepada anak dengan aktiviti yang mudah tetapi menarik ini.

Anda hanya perlu menyediakan masking tape, kenderaan mengikut tema dan ruang yang sesuai. Permainan ini tidak semestinya dilakukan di dalam rumah atau kawasan yang lapang. Anda boleh memilih ruang-ruang yang ada yang dirasakan sesuai.

Jadikan permainan semakin mencabar dengan penyusunan dan rekaan jalan pelbagai. Mulakan dengan laluan jalan yang mudah seperti jalan lurus dan tanpa banyak halangan sehingga laluan yang lebih mencabar seperti laluan jalan bengkang-bengkok, laluan naik dan turun bukit dan sebagainya.

Anda mudah mengajar anak ketika mereka bermain permainan ini. Contohnya:

  • Ajari mereka tentang jenis dan nama-nama kenderaan
  • Warna dan bentuk
  • Pra nombor seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, sama dan tidak sama, banyak dan sedikit, besar, kecil dan sebagainya.
  • Peraturan jalan raya yang mudah dan sebagainya.
  • Doa menaiki kenderaan, adab-adab dalam perjalanan dan banyak lagi.

Dengan hanya satu permainan sahaja, anak telah diperkenalkan kepada pembelajaran mengikut beberapa tunjang prasekolah yang penting. Contohnya, tunjang sains dan fizikal, tunjang kerohanian dan tunjang ketrampilan diri. Potensi diri anak dapat diasah melalui permainan yang ringkas ini. Bebaskanlah kreativiti kanak-kanak dengan aktiviti wajib ini dan lihat ‘pekerjaan’ yang sedang mereka lakukan.

Selamat mencuba!

 

Oleh: Admin

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment