5 KELEBIHAN BERKEBUN BERSAMA ANAK

Posted by awal. my

Aktiviti menanam pokok atau berkebun di tadika atau di rumah dengan melibatkan anak-anak secara aktif mampu memberi banyak impak holistik dalam perkembangan anak-anak. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan kekeluargaan malah ia membantu anak untuk:

  1. Belajar menghargai alam dan persekitarannya.
  2. Belajar tanggung jawab menjaga dan memelihara.
  3. Belajar kosa kata baru dalam bidang pertanian.
  4. Mengenali Allah Maha Pencipta
  5. Belajar makan makanan yang sihat dan berkhasiat

Jadi apa tunggu lagi? Jom mulakan aktiviti santai ini bersama keluarga anda! Semoga bermanfaat.

Artikel oleh:
Monalisa Harun Chong
Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment