Pembelajaran Berasaskan Projek

Posted by awal. my

Pengajaran berasaskan projek adalah salah satu pendekatan mengajar yang menarik untuk dilakukan bersama kanak-kanak. PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK atau lebih dikenali dengan PROJECT APPROACH dalam bahasa Inggeris ialah penyiasatan secara mendalam berkaitan dengan topik dunia sebenar agar dapat menarik perhatian kanak-kanak mengenai topik yang ingin diajar. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat mengaitkan pengalaman luar sekolah dengan aktiviti. Ia juga dapat membantu mereka untuk bersedia menjalankan kajian dalam bidang sains dan sains sosial. Hal ini kerana kebanyakan projek tersebut adalah berbentuk sains.

Dalam pengajaran kepada kanak-kanak 4-6 tahun, pelbagai bentuk projek boleh dilakukan. Pendekatan ini mestilah mempunyai langkah-langkah atau urutan dalam melaksanakannya. Pendekatan ini juga perlu diakhiri dengan penilaian kanak-kanak terhadap apa yang telah mereka lakukan.

Dalam melaksanakan pendekatan ini, beberapa langkah sebelum perlu dilakukan iaitu:

  1. Guru memperkenalkan projek yang ingin dilaksanakan.
  2. Guru menggalakkan kanak-kanak untuk memberi idea dan cadangan mereka.

Langkah semasa projek dilakukan:

  • Galakkan sumbangsaran idea dan membina kesepakatan antara kanak-kanak.
  • Melaksanakan projek.
  • Setiap kanak-kanak memainkan peranan dalam melaksanakan projek dan pembahagian tugas perlu dilaksanakan.
  • Terdapat skop dan urutan pelaksanaan projek.
  • Menyediakan graf tempoh masa.
  • Menjalankan proses inkuiri, penyelidikan dan pengumpulan data.
  • Mempersembahkan projek.
  • Penambahan berterusan dan penilaian berterusan.
  • Pengintegrasian teknologi amat digalakkan.

Langkah yang perlu diambil selepas projek dilaksanakan:

  • Menghargai pencapaian dalam melaksanakan projek.
  • Membuat penilaian terhadap beberapa aspek iaitu kekuatan, kelemahan, kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari, pemarkahan oleh guru, penilaian kendiri pelajar dan analisis skor markah yang diperolehi.
  • Maklum balas daripada rakan-rakan terhadap projek yang dilaksanakan.
  • Menilai kualiti projek.
  • Mencatatkan bukti-bukti kejayaan menyempurnakan projek.

Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam pendekatan ini:

  • Menanam pokok seperti pokok cili, pokok bendi dan lain-lain.
  • Membuat
  • Menghias
  • Melakukan bingkai gambar.
  • Eksperimen sains (meneroka alam).

 

Artikel oleh:

SYARFA' HUSNA MOHAMMAD SEMSUDIN

Syarfa' Husna Mohamad Semsudin merupakan pensyarah di Jabatan Pendidikan, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Kolej UNITI, Port Dickson.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment