Pelaburan Untung untuk Anak

Posted by awal. my

Ramai ibu bapa sanggup berhabis untuk anak. Tak kisahlah… asalkan anak suka. Kebanyakan permainan yang dibeli mengikut pasaran. Kiranya up to datelah… ikut cartoonkesukaan anak. Sebabnya… anak yang nak… Tapi sedarkah kita, apakah manfaat permainan yang dibeli untuk anak? Manfaat dari sudut minda dan fizikalnya.

Bermain adalah pekerjaan serius bagi anak-anak. Mereka bermain dan belajar bersungguh-sungguh secara tidak langsung. Semasa itulah banyak kemahiran anak-anak terbentuk. Oleh itu, sebelum membeli… pastikan permainan yang dibeli:

√ Selamat
√ Mengikut tahap (peringkat umur yang sesuai)
√ Berkualiti
√ Banyak manfaat & kemahiran
√ Harga berpatutan
√ Tahan lama

Keterujaan dan keseronokkan membelek-belek permainan terbaik merangsang otak anak-anak sedari kecil. Tidak akan rugi bagi ibu bapa yang ‘melabur’ untuk permainan yang berkualiti. Ia membantu perkembangan otak genius dan dapat meningkatkan kemahiran motor halus secara optimum. Ikutilah tips pembelian permainan buat anak di atas. Semoga pelaburan anda berbaloi-baloi.

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

 

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment