Guru Kreatif, Anak Positif

Posted by awal. my

Apa yang berlaku apabila guru rajin mengubah kelas untuk memberi suasana pembelajaran baru kepada anak-anak? Anak-anak sama seperti kita sangat memerlukan perubahan suasana pembelajaran yang berlainan. Cuba bayangkan anak-anak yang belajar di tadika kita selama 2-3 tahun. Kelas yang sama dan suasana yang sama.

Guru yang bijak adalah guru yang suka memberi kejutan dan suasana baru kepada anak-anak dengan cara:

  1. Boleh berpakat dengan guru-guru kelas lain untuk menjalankan sesi tukar kelas bagi beberapa sesi dalam sebulan.
  2. Menukar susun atur perabot di tadika. Walaupun perabot anda telah 10 tahun usianya, menukar kedudukan perabot boleh memberi suasana baru kepada anak-anak.
  3. Tukar kebiasaan seperti seminggu belajar tanpa kerusi, belajar di bawah pokok, belajar cara berkelah di luar (jika cuaca baik).
  4. Tukar ‘decoration’ lama. Biasanya guru memang bersemangat untuk menghias dinding-dinding tadika dengan gambar-gambar,carta, hiasan, dan sebagainya. Walau bagaimana pun, lama-kelamaan hiasan-hiasan dinding yang ditampal indah menjadi suram, terkoyak, pudar dan lapuk.
    Mohon tukar hiasan dinding kelas anda sekurang-kurangnya setahun 2 -3 kali.

Selamat mencuba!

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment