Checklist Penting Bagi Guru Cemerlang

Posted by awal. my

Tugas guru bukan sekadar mengajar dan memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai. Tugasan seorang guru sangat besar, luas dan mendalam.

Checklist perlu ada dalam setiap rangka kerja seorang guru supaya setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut dateline yang ditetapkan oleh guru besar.

Ciri-ciri checklist:
1. Dalam bentuk table yang tersusun
2. Disusun mengikut bahagian
3. Disusun mengikut harian, mingguan dan bulanan
4. Dilabelkan dengan jelas dan mudah difahami
5. Dipantau dan ditanda setiap hari, minggu dan bulan
6. Ada target untuk mencapai sasaran

Checklist PENTING:
1. Checklist aktiviti motor halus dan kasar mengikut tahap/usia
2. Checklist perkembangan dan kemahiran murid – mengikut JERIS
3. Checklist tugasan harian: pengajaran dan pembelajaran (RM)
4. Checklist tugasan harian: kebersihan dan organisasi kelas
5. Checklist kesihatan murid
6. Checklist keselamatan murid
7. Checklist kemahiran membaca murid
8. Checklist penyertaan dan kerjasama ibu bapa
9. Checklist tugasan, lembaran dan aktiviti murid
10. Checklist tema dan perancangan PnP
11. Checklist pengurusan kelas
12. Checklist pengukuhan murid
13. Checklist peneguhan akhlak murid
14. Checklist peralatan aktiviti murid

Setiap checklist mempunyai peranan dalam memudahkan tugasan guru untuk memantau dan meningkatkan prestasi pengurusan kelas dan PnP.

Semoga anda merutinkan diri untuk membuat checklist kelas anda. Anda adalah guru terbaik dan mementingkan kualiti dalam pekerjaan anda!

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment