6 Cara Latih Anak Buat Kerja Rumah

Posted by Azraai Ahmad

Melatih anak membuat kerja rumah bukan mudah. Lagi-lagi membesar dengan ada pembantu rumah. Segalanya diuruskan. Ada yang memberi sepenuh kepercayaan kepada pembantu rumah sehingga anak membesar dengan air tangan pembantu rumah.

Realitinya begitu. Sebab itu, jika ada ibu bapa yang risau dan bersedih hati kerana anak semakin malas, tak mahu dengar cakap atau lebih sayangkan pembantu rumah, berhenti sejenak dan muhasabah diri. Sejauh mana tanggung jawab seorang ibu dan bapa diberikan kepada pembantu rumah berbanding diri sendiri?

Cara membantu anak urus kerja rumah bersama-sama:

1. Rutinkan aktiviti dengan kejutan

Anak-anak selesa dengan kegiatan rutin harian dan jika diberikan kejutan. Aktiviti itu menjadi lebih menyeronokkan dan ditunggu-tunggu. Contohnya, adakan jadual yang telah disenaraikan kegiatan dan peruntukan masa tetap. Dan kejutan boleh dilakukan dengan pilihan aktiviti. Ini bermaksud memberi anak peluang memilih aktivitinya dengan mencabut undian acara. Acara kejutan boleh jadi; Gotong royong di rumah nenek, Jom masak menu istimewa bersama-sama (pastikan anak-anak ditanya tentang makanan kesukaannya) jika mereka tidak tahu; anda boleh mula ‘observe‘ kesukaan anak mulai sekarang.

2. Tugasan ikut tahap

Anak-anak yang tidak dibiasakan dengan tugasan akan berasa tercabar atau terbeban dengan tugasan kerja rumah yang disediakan untuk mereka. Justeru, mulakan dengan tugasan yang mudah dan boleh dilakukan dan tambahkan setelah mereka mahir. Beri anak-anak rasa ‘Saya boleh buat sendiri’ berbanding… ‘Saya perlukan bantuan untuk buat’.

3. Saya budak baru belajar

Usah harapkan kesempurnaan setelah anak-anak menyelesaikan tugasannya. Terpenting adalah mereka mahu ikut serta dalam aktiviti membuat kerja rumah. Namun, kita mahu mereka berusaha membuat yang terbaik. Justeru, tunjuk ajar kepada anak jika mereka tidak tahu melipat kain tuala, selimut atau lain-lain tugasan.

4. Hias dan tayang

Hias dan tayang jadual tugasannya dalam bentuk carta superhero, apa- apa karakter kesukaan anak-anak. Anak-anak seronok apabila tugasan mereka diberi perhatian. Tayang dan hias tugasan mereka di tempat yang mudah dilihat anak.

5. Masa yang menyeronokkan

Gelak ketawa, ceria dan rasa seronok perlu ada ketika menguruskan kerja rumah. Usah serius sangat ketika memberi tugasan. Ingat, anak-anak perlu rasa seronok dan bermakna ketika membuat tugasan yang diberi. Peristiwa ini akan menjadi memori bermakna kepada anak-anak apabila dewasa kelak.

6. Hadiah

Berikan sticker, tepukan, pelukan dan kata-kata penghargaan setiap kali anak-anak berjaya melaksanakan tugasannya. Sekali sekala bawa anak- anak berjalan-jalan sebagai ganjaran atas usaha. Sesibuk mana pun anda, masa bersama anak dengan didikan agar anak mampu menguruskan diri dan membuat kerja rumah perlu diberi perhatian.

Apabila anak rasa mereka turut sama membuat kerja rumah. Mereka akan rasa rumah mereka adalah syurga yang indah dan tempat yang dekat dalam hati mereka selalu.

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment