KESILAPAN IBU BAPA APABILA MENGAJAR ANAK MEMBACA

Posted by awal. my

Masalah besar apabila mengajar, mengajar, mengajar, tengok-tengok, rupa-rupanya anak kita bukannya sudah boleh membaca tetapi menghafal.

Mula-mula, anak tu baca laju saja. Hati kita sudah berbunga-bunga dan berkata, alhamdulillah, anak aku ni terang hatinya. Ajar sekali terus dapat. Tak susah mana pun.

Lepas tu, dah banyak helai muka surat dibaca, tiba-tiba tengok anak tu ‘jam‘. Baca tersekat-sekat, banyak salah, dan ada yang tak boleh nak baca langsung.

Kenapa ini berlaku?

Masalahnya ialah apabila kita mengajar dengan cara yang statik – hari ini buka buku, esok buka buku, lusa buka buku dan seterusnya.

Aktiviti pengajaran hanya buku buku. Dan yang lebih parah ialah apabila satu buku sahaja yang digunakan untuk mengajar.

Kesannya, pertama, anak akan menghafal dan bukan membaca. Dan mengikut kajian, anak itu sememangnya boleh menghafal 2000 hingga 3000 perkataan.

Dan apabila buku untuk belajar membaca biasanya teks yang diulang-ulang, ini akan menyebabkan anak itu mudah untuk menghafal. Kesan kedua, ada kes di mana anak itu hanya ‘membaca’ satu buku itu sahaja.

Apabila ditunjuk buku yang lain, anak itu seperti ‘blur‘ walaupun ditunjukkan perkataan yang sama seperti yang ada di dalam bukunya.

Di mana silapnya? Silapnya apabila anak tidak didedahkan dengan buku-buku yang lain sebagai pengukuhan bacaan.

Silapnya juga apabila kita hanya menggunakan satu buku sahaja menyebabkan anak itu taksub dengan buku itu sahaja. Silapnya juga apabila aktiviti pengajaran hanya membaca daripada buku (buku yang satu itu juga).

Tapi masalahnya , kita tidak mempunyai ilmu bagaimana hendak mengajar. Maka kita pun beli pakej-pakej yang ada di pasaran dengan harapan adanya pakej-pakej ini (yang biasanya terdiri daripada buku dan CD) akan membantu anak untuk boleh membaca.

Atau kalau ada DVD atau VCD yang apabila anak tengok saja terus boleh membaca! Tapi yang pastinya, apabila anak kita tidak boleh membaca ia bukan salah mereka. Sebaiknya kita sebagai ibu bapa perlu luangkan masa dan belajar macam mana hendak mengajar anak kita membaca.

Artikel oleh:

Zairani A. Hamid

Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment