6 Tips Menarik Minat Anak Mendengar Cerita

Posted by awal. my

Alam cerita adalah alam yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak. Kanak-kanak suka mendengar kisah dan cerita dari ibu bapa atau gurunya.

Kanak-kanak menerokai sesuatu yang baru dan mengukuhkan sesuatu yang telah ada di mindanya dengan cerita.

Pemilihan cerita adalah penting kerana setiap cerita mempunyai kesan tertentu yang boleh mengubah tingkah laku atau kepercayaan seseorang.

Jika inginkan kanak-kanak berjiwa halus dan berkasih sayang, banyakkan bercerita kisah-kisah teladan seperti kisah nabi dan para sahabat.

Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi yang penuh dengan cinta dan kasih sayang. Selain itu, cara yang terbaik bagi menyuburkan semangat membaca di kalangan kanak-kanak ialah melalui cerita.

Kanak-kanak akan meminta guru atau ibu bapa membacakan cerita yang sama berulang kali jika mereka menyukai cerita tersebut.

Tips dan teknik menarik minat anak mendengar cerita:

1. Pilih buku cerita yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
2. Kuasai jalan penceritaan supaya sesi bercerita dapat dijalankan dengan lancar.
3. Pilih kosa kata yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
4. Gunakan pelbagai nada suara ketika bercerita.
5. Bijak mengawal keadaan ketika sesi penceritaan dijalankan.
6. Tanyakan soalan di akhir cerita untuk uji kefahaman.

Ibu bapa atau guru yang bijak, pandai mengadun cerita dengan pelbagai intonasi suara, mimik muka dan mampu memainkan ekspresi muka ketika bercerita.

Bahasa badan, intonasi suara dan mimik muka penting bagi menarik perhatian kanak-kanak untuk terus mendengar cerita.

Aktiviti selepas sesi bercerita penting kerana ia mampu menguji sejauh mana kanak-kanak faham dengan cerita tersebut,

Oleh itu, kanak-kanak perlu didedahkan dengan cerita yang mempunyai kisah teladan dan kaya dengan kosa kata yang pelbagai dan sesuai dengan peringkat usia mereka.

Kanak-kanak yang minat mendengar cerita akan menguasai salah satu kemahiran membaca yang terpenting iaitu kemahiran mendengar.

Bukan mudah untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus mendengar cerita dalam keadaan senyap dan penuh perhatian.

Ini kerana kanak-kanak mempunyai daya fokus yang rendah dan tidak suka duduk di satu tempat dalam masa yang lama.

Semoga tips di atas membantu ibu bapa atau guru untuk terus bercerita kepada kanak-kanak.

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

 

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment