3 Cara Memulakan Perbualan Bahasa Inggeris

Posted by awal. my

1. Mula dengan frasa bahasa Inggeris untuk memulakan perbualan sebelum masuk ke kelas.

(Frasa: Meminta murid masuk ke kelas)

Contoh:

Children, please line up and walk to your class.
1,2,3, walk slowly and one by one together to the class.
Children, stand straight and walk one by one to the class.

2. Mengambil kehadiran/kedatangan murid

Contoh:

Who is absent today?
Who is present today?
Now, look around and tell me who is absent?
Is anyone absent today?
Children, how many girls are present today?

3. Greetings (Mengucap selamat pagi dan berbual pagi)

Contoh:

Good morning children.
How are you today?
How do you feel today?
Hello children, good to see you today!
Good morning everyone… How are you today?
What did you have for your breakfast today?

Cuba gunakan pelbagai pengucapan untuk menyapa murid-murid di waktu pagi. Ini bukan sahaja menambah kosa kata murid-murid. Ia turut membantu murid untuk belajar menanya soalan dan menjawab soalan yang diberi. Pastikan anda mengajar murid untuk menjawab soalan anda seperti:

Teacher: How are you today?
Children: We are great! Thank you.
Child: I am great! Thank you.

Teacher: Who is absent today?
Child: ________ and ______ are absent today
Child: ______ is absent today.

Mudahnya bahasa Inggeris apabila anda selalu berbual dan menanya soalan kepada murid-murid dan ajari murid untuk menjawab soalan anda. Jika mereka menjawab pendek, ajarkan mereka menjawab soalan dengan lengkap.

Selamat mencuba!

 

Artikel oleh:

MONALISA HARUN CHONG

Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Pengajian Bahasa (Inggeris). Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang prasekolah sebagai guru prasekolah dan penyelia. Beliau pernah mengikuti kursus-kursus kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pernah menjadi pensyarah di Kolej Uniti dalam bidang prasekolah dan pernah terlibat dalam bidang pelatihan dalaman dan luaran bagi bahan-bahan pendidikan kanak-kanak terbitan Ameen Educare.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment