Komunikasi

SEMAI MINAT MEMBACA SEAWAL USIA
Apr 04

SEMAI MINAT MEMBACA SEAWAL USIA

Posted by awal. my

Menyemai minat membaca harus dimulakan seawal usia. Konsep menyemai itu sendiri harus bermula dengan menanam perasaan positif ketika membaca. Ibarat menanam benih, ia harus disemai dengan baja dan air serta sinar matahari secukupnya; minat membaca juga harus disemai dengan perasaan suka kepada buku dan secara beransur-ansur. Peranan ibu bapa dan guru untuk menyemai minat membaca sebenarnya lebih besar sebelum mengajar kemahiran membaca. Ibu bapa dan guru harus menyemai perasaan minat kepada buku dan cerita dalam diri anak terlebih dahulu sebelum mereka diajar membaca. Minat membaca itu akan bercambah menjadi perasaan suka membaca sekiranya ia dipupuk dari seawal usia. Apabila kanak-kanak...

Read more

ANAK ANDA LAMBAT BERCAKAP?
Mar 07

ANAK ANDA LAMBAT BERCAKAP?

Posted by awal. my

Seorang ibu mengeluh kepada rakan sekerja tentang anaknya yang berusia 4 tahun yang masih belum bercakap. Sebenarnya, beliau telah mulai risau tentang keadaan anaknya sejak dari umur dua tahun lagi. Namun keluarga dan rakan-rakan rata-rata menyatakan yang ia satu kebiasaan dan anaknya akan bercakap dengan sendirinya bila besar kelak. Ini merupakan satu situasi yang agak biasa di kalangan masyarakat kita. Kelewatan bercakap dianggap biasa terutamanya di kalangan anak lelaki. Lebih-lebih lagi jika terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah yang serupa. Realitinya kelewatan bercakap memberi kesan yang mendalam pada perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak. Perkembangan percakapan atau pertuturan kanak-kanak boleh dibahagikan...

Read more

PERKEMBANGAN BAHASA SEWAKTU BERMAIN
Feb 07

Alam permainan kanak-kanak adalah dunia yang bebas dan dilihat tidak berstruktur. Sewaktu kanak-kanak bermain, kita sering menganggap mereka melakukan satu hal yang remeh bahkan adakalanya tidak masuk akal. Namun, kita sebenarnya terlupa bahawa aktiviti bermain bagi kanak-kanak adalah satu proses mereka berinteraksi dengan dunia luar, membangunkan pemikiran bahkan melatih kemahiran berbahasa. Apa hubungkaitnya bermain dengan proses perhubungan sel-sel otak kanak-kanak? Bagaimana bermain boleh merangsang minda mereka untuk memproses kesan-kesan pengalaman yang kemudiannya diubah menjadi ilmu bermanfaat? Sebenarnya, terdapat banyak kaedah tidak berstruktur yang boleh digunakan untuk mencambah pengetahuan terutamanya ketika kanak-kanak bermain. Ahli psikologi Lev Vygotsky pernah menyatakan bahawa “Pencapaian...

Read more

5 TEKNIK BERCERITA BERKESAN UNTUK ANAK
Oct 18

Teknik bercerita adalah teknik yang sangat menarik dan mudah digunakan oleh para pendidik dengan tujuan untuk menarik minat kanak-kanak dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelbagai mata pelajaran boleh diajar menggunakan teknik bercerita. Dengan menggunakan teknik bercerita, kita boleh mengasah perkembangan kemahiran mendengar dan dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak. Antara teknik-teknik bercerita yang sesuai dengan kanak-kanak ialah melalui: 1. Bahan bacaan Pilih bahan bacaan yang mempunyai gambar yang berwarna dan menarik dengan bilangan muka surat yang bersesuaian dengan umur kanak-kanak. 2.Alat bantu mengajar (ABM) Antara ABM yang boleh digunakan adalah boneka, permainan dan bahan maujud. 3. Pementasan teater, drama ringkas atau role...

Read more