Perkembangan Kemahiran Motor Halus Anak

Posted by awal. my

Anak-anak dilahirkan akan bermula dengan perkembangan kemahiran motor kasar seperti mengguling, menjulur, merangkak, berjalan,  berlari, menaiki tangga dan sebagainya. Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran pertama manusia dan ia satu kemahiran semula jadi. Maksudnya anak akan dapat menguasainya tanpa perlu diajar. Tahu-tahu anak kita dah boleh menjulur, tahu tahu anak dah boleh merangkak.

Kemahiran kedua pula ialah kemahiran motor halus, satu kemahiran yang menggunakan koordinasi mata dan tangan. Aktiviti -aktiviti  kemahiran motor halus ini antaranya  kurang kita senangi.

“Isy jangan koyak suratkhabar tu?”

“La sapa main manik ni? Habis bersepah…”

“Mari mama tuangkan air. Nanti tumpah, sapa nak lap?”

“Mari mama ikatkan tali kasut atau mari mama pakaikan kasut. Dah lambat, nanti tertinggal bas, siapa nak hantar?”

“Jangan kacau mama buat karipap. Nak makan ke tidak?”

Sedangkan, aktiviti-aktiviti seperti mengoyak, menguntai manik, menuang air, mengikat, menguli itu adalah untuk kemahiran motor halus anak-anak. Banyak lagi kemahiran motor halus. Menggunting, melipat, menconteng, menampal, meramas, mengikat dan memasang butang. Tapi yang itulah ramai antara kita melarang anak kita melakukannya.

“Jangan main gunting! Nanti luka!”

“Jangan kacau mama lipat baju ni, bila nak siap?”

Dan yang paling memeningkan kepala ialah anak suka conteng dinding! Bukanlah saya maksudkan biarkan anak menconteng dinding tetapi anak kita tu boleh didisiplinkan untuk tidak menconteng dinding. Yang penting aktiviti menconteng, tak ada pula kita kata menconteng di atas dinding! Kesimpulannya, ada pelbagai jenis aktiviti untuk melatih kemahiran motor halus yang boleh dipraktikkan bersama anak-anak. Yang penting, motor halus anak seperti koordinasi mata dan tangan dapat dikembangkan.

 

Artikel oleh:

ZAIRANI A. HAMID

Pernah berkhidmat sebagai guru bahasa. Berpengalaman mengendalikan kursus-kursus peringkat prasekolah untuk ibu bapa dan guru di serata Malaysia. Kini bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai penyelidik, penulis dan perunding di Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd. bagi kaedah Cepat Membaca ‘Cepat Baca’ , ‘I Can Read’ dan ‘Bacalah Jawi’. Pernah muncul dalam rancangan ‘Wanita Hari Ini’ TV3, Astro, Selamat Pagi Malaysia, Radio 24 dan IKIM.

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment