4 Tips Melatih Anak Berpuasa di Bulan Ramadan

Posted by awal. my

Bulan ramadan digambarkan seperti madrasah, yang boleh dijadikan platform untuk mendidik anak-anak bersabar dalam melatih ketakwaan terhadap Allah SWT. Sebagai rukun Islam yang ketiga, berpuasa di bulan Ramadan merupakan ibadah fardu yang perlu ditegaskan ke atas anak anda.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Suruhlah anak-anakmu mengerjakan sembahyang ketika umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka enggan melakukannya ketika umur mereka sepuluh tahun.” (Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Jadi, pada peringkat umur bagaimana mereka perlu berpuasa? Anda perlu sedar dan tahu tentang kebolehan anak anda menahan lapar. Biarpun berpuasa selama setengah hari, itu adalah permulaan yang sangat baik. Dengan berpuasa, mereka dilatih untuk beramal dengan suruhan Allah SWT dan memupuk sikap sabar dalam diri.

Berikut adalah tips yang boleh dijadikan panduan dalam mendidik anak kecil anda berpuasa di bulan yang mulia ini:

1. Jika anak anda mengeluh kerana berpuasa, berikanlah mereka galakan. Berikan kata-kata semangat yang positif, puji mereka, pujuk mereka supaya mereka terus bersemangat.

2. Bertanyalah kepada anak anda tentang juadah berbuka yang digemarinya. Ini memberi motivasi kepada anak-anak anda untuk bertahan dan berpuasa.

3. Beri semangat dan terus memujinya setelah dia selesai berpuasa.

4. Jika pada hari-hari kebiasaan, anak anda keluar melakukan aktiviti riadah di luar rumah. Anda perlu memainkan peranan dengan menghabiskan masa bersamanya di dalam rumah. Lakukan aktiviti yang kurang menggunakan tenaga mereka.

Kesimpulannya, kanak-kanak yang berpuasa memiliki kesabaran yang tinggi dalam mengerjakan ibadah puasa. Setiap amalan mulia yang dikerjakan anak anda terselit rahmat dan kebajikan anda dalam menggandakan amalan di bulan ramadan yang penuh barakah.

 

Oleh: Admin

Older Post Newer Post

0 comments


Leave a comment